CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sophia Albarakbah Memang Manja Dan Lemah Lembut, Senang Buat Lelaki Jatuh Cinta," -Aeril Zafrel

2-2-2023 02:14 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9079| Komen: 106|Original author: Saiful

Pernah bergandingan dengan Sophia AlBarakbah dalam sebauh drama sbeelum ini, Aeril Zafrel mengakui aktres tersebut manja dan lemah lembut.

“Bagi saya dia baik. Lemah lembut. Karakternya manja. Mungkin ada yang senang jatuh hati,” katanya kepada Kosmo.


Tambahnya, Sophia memiliki pesona yang boleh membuatkan mana-mana lelaki mudah jatuh hati kerana pembawaan dirinya.


Foto: IG

“Itu pendapat saya. Tapi saya anggap Sophia sebagai kawan sahaja. Sepanjang saya pernah bergandingan dengannya, untuk orang yang mudah jatuh hati, memang akan tertarik dengan Sophia."

Aeril kata kalau nak curang boleh berlaku di mana-mana dan bukan sahaja dalam media sosial.



“Kalau nak curang, dalam aplikasi Waze pun boleh. Tak perlu media sosial lain. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri.

“Tapi bukan untuk saya. Saya tidak boleh buat begitu. Bukan sebab isteri sahaja, tetapi sebab saya juga perlu menjaga nama dan imej."



Aeril kata disebabkan dia dialbelkan sebagai suami contoh maka dia perlu lebih berhati-hati dan menjaga nama baik sendiri.

“Sebenarnya bila orang sudah letakkan saya di kedudukan sebegitu, saya perlu lebih berhati-hati. Itu antara pemangkin untuk saya terus setia.

“Tapi godaan itu tetap ada. Cuma terpulanglah pada kita untuk melayan godaan itu atau tidak. Wawa percaya dengan saya. Jadi saya tidak boleh hancurkan kepercayaan itu,” jelasnya.



Aeril juga mendedahkan tiada rahsia antara dia dan juga isteri apabila Wawa dibenarkan memegang dan memeriksa media sosial miliknya termasuk perbualan dalam WhatsApp.

“Saya dengan Wawa ‘telus’. Dia boleh pegang telefon bimbit saya dan periksa media sosial termasuk WhatsApp."-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bukan_ustazah 2-2-2023 02:27 PM
Dah dia pun nak menempel gossip ni
Quote Ex-Squeeze-Me 2-2-2023 02:33 PM
Tu dia paku buah keras untuk AA
Quote babycc 2-2-2023 02:37 PM
Aeril ni mcm nak bekap peah cara berlapik..
Quote Tembikaigoreng 2-2-2023 02:40 PM
Kejadah dlm Waze nak bercurang LOLL
Quote maxim 2-2-2023 02:42 PM
Tembikaigoreng replied at 2-2-2023 02:40 PM
Kejadah dlm Waze nak bercurang LOLL

memang boleh..ada chat kt situ
Quote Tembikaigoreng 2-2-2023 02:45 PM
maxim replied at 2-2-2023 02:42 PM
memang boleh..ada chat kt situ

Seriously??? OMGG!!!! Tertinggal keretapi betul daku LOL
Quote immaryjane 2-2-2023 02:45 PM
Jantan ke dua bekap peah selepas retis senior mmy azhar. Dua2 smash alip putip jagung tanpa perlu sebut nama
Quote She-Ra 2-2-2023 02:48 PM
makanyaaaaaaaaaaa...
takpe la, kita sambung mkn popcorn
Quote HoneyManjer 2-2-2023 02:59 PM
curang mencurangi ni always bertepuk 2 tangan...kalau tak melayan takdenye curang
Quote Geeayden 2-2-2023 03:00 PM
immaryjane replied at 2-2-2023 02:45 PM
Jantan ke dua bekap peah selepas retis senior mmy azhar. Dua2 smash alip putip jagung tanpa perlu se ...

Knapa x ulas sopia tersuka dgn suami org.. Sepatutnya ulas lah sekali, 2 2 buat perangai, seorang x sedar diri dah suami org dan seorang lgi dah tahu alip dah berkahwin dan dia dah ada steady BF
Quote AbukRokok 2-2-2023 03:01 PM
2 org je boleh
hannah delicious
sofea albakarbah
Quote prizadane 2-2-2023 03:04 PM
First time aku rasa Aeril ni bagi statement bijak. Betul lah tu, nak curang dalam waze pun boleh.
Quote dudaberhias 2-2-2023 03:05 PM
dah yang jatuh hati tu pun well known boya lepastu pakej putik jagung suka buat senaman angkat2 dalam bilik air... mana tak terangkat bila jumpa cikki lawa macam sheols...

takdenya dia nak sondol takat alif ajis je pun... si bella tu berangan lepastu wasap pun crop2... choiii! laki peah dapat sebelum ni lagi herlokkk pakej tinggi plak tu dan bekerjaya... takat jejan takde duit sampai kena sara dek janda walaupun berbini ni takde sape kisah melainkan bini si pinggan kemek dia tu...
Quote Cokoro 2-2-2023 03:07 PM
Ayt dia pelik sikit. Xnak curang sbb nk jaga nama baik n imej
Quote ohsoyaya 2-2-2023 03:13 PM
dudaberhias replied at 2-2-2023 03:05 PM
dah yang jatuh hati tu pun well known boya lepastu pakej putik jagung suka buat senaman angkat2 dala ...

Bak kata achik2 twitter, bella earns more money dari alip. Xbbaloi ye nak caras yg ini. Teringat time dgn skandel janda anak 1 tu, tiket flight pun dak alip mintak janda tu belikan dlu
Quote Masukkeluar 2-2-2023 03:16 PM
ok artis lelaki mana lagi yg nk bg statement psl peah ni..
hero hero lain yg pernah berganding dgn dia mana lagi? nk tahu jgk tahap kemanjaan kegedikkan peah ni..sampai tergoda semua org   
Quote mawarika 2-2-2023 03:16 PM
Come on alip.. tak kan tak bergetar jiwa tak berdenyut adik bila tgk sopiaaaa
Quote chandrahusin 2-2-2023 03:17 PM
AbukRokok replied at 2-2-2023 03:01 PM
2 org je boleh
hannah delicious
sofea albakarbah

Rapat kan saf
Memback up 2 ni
Quote _blackbird 2-2-2023 03:19 PM
Cokoro replied at 2-2-2023 07:07 AM
Ayt dia pelik sikit. Xnak curang sbb nk jaga nama baik n imej

ada lelaki rasa money, power & reputation lebih berbaloi dari seorg perempuan. lagipon rasa arel ni mmg syg bebenor kot kat si wawa tu & rasa dia tak pernah menyesal pilih wawa. aku pernah tgk live dia kdg2 ada sekali tu si wawa tu kata si arel ni selalu bohong dengan kawan2 kata wawa tak kasi dia keluar padahal dia sendiri taknak keluar. arel kat sebeleh sengih2 kambing je

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.044473 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top