Nad Zainal dah selamat nikah dengan Ungku Ismail 23 Januari lepas selepas berpisah dengan bekas suaminya selama tujuh tahun, Faliq Amiruddin. Baru-baru ini bekas suaminya itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik beberapa tangkap layar di IG story, mendedahkan dia menerima mesej daripada orang yang tak dikenali.
Difahamkan individu tersebut cuba untuk mendekati dirinya dengan menghantar DM untuk cuba menjadi kawannya. Namun malangnya pelawaan itu ditolak Faliq. Bukan itu sahaja, individu itu juga mahu memberikan Faliq hadiah dengan seikhlas hati namun tetap ditolak oleh Faliq.
Wah teguh betul iman. Apa paun semoga Fliq juga akan dapat pengganti dan bahagia macam Nad. Sekdar info, Nad dan Muhammad Faliq telah mendirikan rumah tanggga pada 18 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah baru-baru ini namun, asbab dan tarikh penceraian tidak dimaklumkan kepada umum. -CARI |
kotakominami replied at 2-2-2023 12:20 PM
Kenapa bila bekas bini/ laki kawin baru pasangannye harus menggelupor di socmed....
ADVERTISEMENT