CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizan Razak Dan Hawa Rizwana Bergambar Depan Surau, Dikecam Tak Ada Halal Gap

2-2-2023 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2868| Komen: 23

Zizan Razak memuat naik sebuah foto bersama pengacara, Hawa Rizwana di Instagramnya.

Menerusi entri tersebut, Zizan dilihat bergambar dengan Hawa di hadapan surau dan meminta warganet untuk meneka apa persamaan mereka.



Foto: IG

“Apa persamaan dalam gambar ni? Cuba jawab dengan jujur. Tolong jangan main-main ok. Kalau tak kena tumit atas pundi,” tulis Zizan.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa Zizan dan Hawa kelihatan seperti pasangan suami isteri.

Malah, ramai yang mengatakan bahawa mereka mempunyai jodoh yang kuat kerana memiliki wajah yang seiras.




Namun begitu, ada segelintir warganet berasa kurang senang melihat foto tersebut kerana Zizan dan Hawa bergambar terlalu dekat serta dianggap tidak menjaga sensitiviti. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote virgocircus 2-2-2023 09:36 AM
Drama ke telemovie ke ape ni? N nape zizang nak kena mintak maaf kat laki tu? Boipren hawa ke?
Quote che-cikL 2-2-2023 10:26 AM
Mesti berlakon utk solat bulan puasa/raya ni, ada scene gi terawih
Quote bedahmenjuyah 2-2-2023 10:28 AM
Bukan di surau je, mana2 pun bumi Allah kena la jaga batas. Sekian komen dr ustajah jadian.
Quote akuHavocczz 2-2-2023 10:59 AM
Zizan ni manjang syok sendiri. Dulu dengan mira filzah
Quote xtinkerbellx 2-2-2023 11:27 AM
Rapat tu. At least hormat la rumah Allah
Quote dolladolla 2-2-2023 01:00 PM
Sepadan sangat muka serupa duduk sama rendah hidung pun sama besar bak kata netizen..
Quote orkid_amani 2-2-2023 01:53 PM
Zizan ni sampai ke sudah tukang jaga jodoh org..hujung2 kena friend zone
Quote marchikobonzo 2-2-2023 02:07 PM
Semua yg lekat ngan zizan mesti cantik2..huntong betull..ilmu apa dia pakai
Quote anony-mous 2-2-2023 02:11 PM
I masih kecewa jodoh zizan bkn jahlop. Sbb hanya dgn zizan jahlop jd diri sendiri gelak kuat2 & bercakap kasar
Quote intan244 2-2-2023 02:40 PM
gambar pakai telekung tu mcm menunggang sgt. pakai telekung depan masjid xjaga ikhtilat. pikiaq lebih sikit dik. ops, dah nikah kot.
Quote SANKURIANG 2-2-2023 02:49 PM
Zizan ni nak sangat dah bernikah…belum ada rezeki lagi. Tapi Hawa muda lagi kot….Zizang dah 40 kan…..tapi money matters…kalau berkepok…ramai aja yg nak kay jijang ni
Quote chocobozhere 2-2-2023 04:30 PM
Aku xleh tengok Minah ni baca berita mulut dia mcm try hard sangat. Hehe
Quote TerataiMelur02 2-2-2023 05:33 PM
Netizen pun.
Hawa tu bukannya alim pun.
Quote bankerpencen 2-2-2023 05:44 PM
TerataiMelur02 replied at 2-2-2023 05:33 PM
Netizen pun.
Hawa tu bukannya alim pun.

Tu la tu. Hawa pakai baju cycling pun ketat bebenor. Tapi ok la takde la pula pernah claim diri dia alim sangat.
Quote chekacheku 2-2-2023 05:51 PM
Harap berjodohan la
Quote AnnaSendin 2-2-2023 07:16 PM
Playboya jumpa minah gedik.
Quote kotakominami 2-2-2023 07:19 PM
Pakai telekung tu ok dah tp siap nyendeng bahu tu tak cantik ler....koman2 pon letak la pasu bunge kt tgh tu....
Btw, ni shooting cite mikel ang kan
Quote Jellobin 2-2-2023 08:27 PM
Edited by Jellobin at 29-9-2024 11:48 PM

Quote telracs 2-2-2023 08:29 PM
Kalau berlakon jadi bapak dengan anak pun sesuai sangat ni...

Teringat dulu ada drama norman hakim jadi ayah, sariyanti jadi anak...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.041267 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top