Kebelakangan ini semakin kerap pula kita dengar tentang kisah kecurangan dan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di kalangan selebriti terkenal. Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob terpanggil untuk berkongsi pandangannya mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga yang sentiasa menjadi topik hangat. Memetik mStar, Kata Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 45, isu berkenaan terlalu subjektif untuk diulas namun ia boleh menjadi penyebab menganggu keharmonian sesebuah ikatan perkahwinan. “Kalau kita nak diganggu dan benarkan gangguan, itu adalah pilihan. Tapi, jangan kita letak tepi isu ini... memang ada rumah tangga yang bermasalah. “Tidak semua penyondol itu bersalah, dan tidak semua yang disondol itu bersalah kerana kadangkala, ada elemen-elemen yang kita tidak boleh ceritakan kepada orang luar.
“Jadi, apabila kita memilih untuk mencari insan ketiga untuk kebahagiaan, adalah penting untuk kita faham situasi tersebut secara menyeluruh sebelum menyalahkan penyondol yang disondol ataupun isteri dan suami dalam keterlibatan dalam masalah rumah tangga,” katanya kepada mStar.
|
teen_angelJB replied at 2-2-2023 06:35 AM
Ada ke yg sudi sondol tok li ni..tgk misai je turn offff..hahaha
Shayang replied at 2-2-2023 06:43 AM
Jangan sampai dia kuarkan bukti
Tah2 bersusun DM yg ajak dia kapel
Shayang replied at 2-2-2023 06:43 AM
Jangan sampai dia kuarkan bukti
Tah2 bersusun DM yg ajak dia kapel
hzln replied at 2-2-2023 07:00 AM
DM dari pompuan ker jantan uols? #ehhhhh
hzln replied at 2-2-2023 07:00 AM
DM dari pompuan ker jantan uols? #ehhhhh
ADVERTISEMENT