CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tumbuk, Ludah Kru Kabin Sebab Nak Duduk Di Kelas Perniagaan Tapi Beli Tiket Kelas Ekonomi

1-2-2023 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1391| Komen: 9

Seorang wanita berusia 45 tahun dari Itali ditahan selepas menyerang kru syarikat penerbangan Vistara Airline ketika dalam penerbangan dari Abu Dhabi ke Mumbai, lapor laman berita Wion News semalam.


Paola Perruccio, yang membeli tiket kelas ekonomi berkeras untuk duduk di kelas perniagaan sebelum menyerang seorang kru selepas dia dihalang.


Wanita itu berkeras untuk duduk di kabin kelas perniagaan walaupun membeli tiket kelas ekonomi. - Noah Seelam/ AFP

Wanita itu didakwa menumbuk seorang kru kabin, meludah kru lain dan berjalan di dalam pesawat dalam keadaan separa bogel.

Selepas pesawat itu mendarat, Perruccio ditahan oleh polis Mumbai tetapi dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah Mumbai.

“Memandangkan kelakuan tidak terkawal yang berterusan dan tingkah laku ganas, kapten mengeluarkan kad amaran dan membuat keputusan untuk menghalang penumpang itu.


“Selaras dengan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) kami yang ketat, agensi keselamatan di darat dimaklumkan untuk mengambil tindakan segera semasa ketibaan,” kata Vistara Airline dalam satu kenyataan rasmi.

Polis Mumbai turut memfailkan kertas pertuduhan terhadap penumpang itu dalam masa sehari selepas memfailkan kes terhadapnya.

Pemeriksaan perubatan turut dijalankan ke atas wanita itu sebelum didakwa di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan India. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-2-2023 11:14 PM
Caprutnya perangai italian karen.


Quote Carcosa 1-2-2023 11:16 PM
Semoga dikerjakan dgn Inspektor Sahab - Inspektor Sahab di dlm jail kelak
Quote TOPwind 1-2-2023 11:17 PM
kat India kira lepas
$$$$ tu penting
Quote pengecatbintang 1-2-2023 11:28 PM
ni macam netizens Msia lah...

nak makan sotong udang ketam...

tapi nak bayo harga ikan masin...

seb baik netizens (yg x ukur poket tapi nak makan ikut nafsu) ni x pi ludah n tumbuk gomen...

setakat memaki kat porum harga mahal jer lah   
Quote clarizsa 1-2-2023 11:51 PM
Oh ni lagi bangang dr yg hegeh nk dok tepi tgkap tp x beli seat tepi tgkap , or yg hegeh2 nk dok bersama family beroks tp x beli seat khas utk beroks2 nya
Quote intan244 2-2-2023 11:08 AM
lain level dia punya muka xmalu
Quote rogayahtop 2-2-2023 03:19 PM
karen level2 itali, switzerland, ukraine ni lg brutal.
Quote tripleid 2-2-2023 04:34 PM
Sblm ni selalu dpt updgrade class free la tu ..bila dah tak dapt meroyan la
Quote stingerpressor 2-2-2023 04:44 PM
tripleid replied at 2-2-2023 04:34 PM
Sblm ni selalu dpt updgrade class free la tu ..bila dah tak dapt meroyan la

Yup aku paham where you coming from...aku perhatikheun peel org yg duduk dlm businesss class yg lazimnya jakun sakan..selfie ..belek food, ....likely yg dapat upgrade....sebab iteww aku benci having them.....on my flight...

Just for record...I travel B CLASS....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.087894 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top