Beberapa pucuk surat yang ditulis oleh mendiang Puteri Diana mengenai perceraiannya akan dijual untuk tujuan amal, lapor akhbar Mirror UK. Rakan karib mendiang, Susie dan Tarek Kassem akan menjual 32 keping surat dan kad yang dikirim oleh Puteri Diana kepada mereka pada 1995 dan 1996 semasa berpisah dengan Raja Charles. Dalam sepucuk surat yang ditulis pada 28 April 1996, Diana memohon maaf kerana membatalkan perjalanannya bersama dua rakannya itu ke pertunjukan opera. “Saya mengalami masa yang sukar. Saya terduduk dan hanya inginkan perceraian ini berlalu,” tulis mendiang.
Pada 20 Mei 1996 pula, Diana memberitahu kedua-dua rakannya itu bahawa panggilan telefon di Istana Kensington telah diintip. Dalam surat lain, Diana berterima kasih kepada keluarga Kassem kerana membenarkannya menghabiskan cuti Krismas pada 1995 bersama mereka ketika anak lelakinya, William dan Harry berada bersama bapa mereka dan keluarga diraja di Sandringham. Pasangan itu berkata, memiliki dokumen tersebut adalah ‘tanggungjawab yang enggan diwariskan kepada anak-anak mereka’ dan memutuskan untuk menjualnya dalam acara lelongan dengan anggaran kutipan mencecah £90,000 (RM473,024). Mereka telah menyimpan surat kiriman Puteri Diana dan akan menjualnya di firma lelongan, Lay’s Auctioneers di Penzance, Cornwall. Hasil daripada jualan pada 16 Februari depan akan disalurkan kepada badan amal yang dibantu oleh Puteri Diana. Sumber: Kosmo
|
Carcosa replied at 1-2-2023 11:07 PM
Kisah Lady D ni, mengajar aku tentang hati manusia sgt mysterious. The heart wants what it wants git ...
Tinot7 replied at 1-2-2023 11:25 PM
Iols pun tak paham la awat chali mau pilih kamilah.. tapi dgq habaq, kamilah yg ajaq dia cara bera ...
Tinot7 replied at 1-2-2023 11:25 PM
Iols pun tak paham la awat chali mau pilih kamilah.. tapi dgq habaq, kamilah yg ajaq dia cara bera ...
sharlenetexas replied at 1-2-2023 11:28 PM
Macam lagu what a night late december back in 63?
Carcosa replied at 1-2-2023 11:31 PM
Tak mustahil lah tu.
Kan ada leak phone conversation si Charles Capang dgni si Kamilah. Kemain kla ...
Tinot7 replied at 1-2-2023 11:25 PM
Iols pun tak paham la awat chali mau pilih kamilah.. tapi dgq habaq, kamilah yg ajaq dia cara bera ...
rosmahisham replied at 2-2-2023 02:46 AM
Lady D ni pemalu sgt..suara halus dgr x dgr je berckp..laki bosan kot..personaliti dia mengingatkn i ...
tikusmontok replied at 2-2-2023 04:23 AM
Mungkin jalan citer hampir sama ngan kisah sol-sarah-birah
Tinot7 replied at 2-2-2023 02:26 AM
Tuanya kaka sharlene...
Zazama replied at 2-2-2023 08:10 AM
Kaka pernah baca lamaaaa dulu luar negara punya akhbar online. PC diharuskan kawin dgn LD utk mengha ...
Zazama replied at 2-2-2023 08:10 AM
Kaka pernah baca lamaaaa dulu luar negara punya akhbar online. PC diharuskan kawin dgn LD utk mengha ...
allshares replied at 2-2-2023 02:28 PM
Mata iols lain kot. Iols rasa camilla tu lawo time muda2. Lagi lawo pada diana pada mata iols. Then ...
ADVERTISEMENT