Siasatan polis mendapati tidak wujud sebarang kenyataan berunsur hasutan dalam laporan berita berkaitan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) diterbitkan akhbar Berita Harian (BH) dan The New Straits Times (NST), baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata dapatan itu dibuat selepas siasatan dijalankan pihak polis ekoran aduan dibuat seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun yang juga Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia pada 21 Januari lalu. Beliau berkata, laporan dibuat kerana pengadu tidak berpuas hati dengan penerbitan berita bertajuk 'SJKC Pupils Not Keen to Learn BM' (Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tidak Minat Belajar Bahasa Melayu) yang diterbitkan secara dalam talian oleh NST pada 18 Januari lalu. Satu laporan berita dalam talian berkaitan isu sama bertajuk 'Murid SJKC tak minat subjek Bahasa Melayu' juga diterbitkan oleh Berita Harian pada hari sama.
Beliau berkata, pengadu mendakwa artikel itu memberikan tanggapan yang buruk kepada pelajar sekolah Cina ekoran komen yang dikemukakan oleh orang awam dalam laman sesawang akhbar terbabit. Katanya, pengadu juga mendakwa segala kenyataan dikeluarkan akhbar terbabit tidak benar dan menimbulkan salah faham serta ketidakharmonian di antara kaum Cina dan lain-lain kaum. "Pihak polis membuat semakan dan mengesahkan terdapat dua hantaran yang berkaitan dengan aduan yang dilaporkan oleh pengadu membabitkan akhbar NST dan Berita Harian. "Siasatan awal mendapati tajuk berita itu mempunyai kecenderungan untuk memberi persepsi yang mungkin mendatangkan kegusaran kepada awam. "Namun begitu, kandungan artikel terbabit tidak mempunyai sebarang penyataan yang berunsurkan hasutan atau membangkitkan kemarahan mana-mana kaum," katanya dalam kenyataan, hari ini. Eng Lai berkata, siasatan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia. Dalam pada itu, katanya orang ramai diminta tidak menulis atau menyebarkan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan kaum. Sumber: BH Online
|
artikel itu memberikan tanggapan yang buruk kepada pelajar sekolah Cina ekoran komen yang dikemukakan oleh orang awam dalam laman sesawang akhbar terbabit.
Perawankota replied at 1-2-2023 11:41 PM
Sekarang ni, budak melayu pon lebih agungkan bahasa Inggeris. Anak buah aku, kawan2 dia, anak kawan2 ...
ADVERTISEMENT