CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepasang Kekasih Iran Dipenjara Lebih 10 Tahun Kerana Menari Di Tepi Jalan

1-2-2023 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13409| Komen: 8

Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara lebih 10 tahun selepas menyiarkan video mereka sedang menari di jalan, lapor akhbar Saudi Gazette hari ini.


Astiazh Haqiqi, 21, dan tunangnya, Amir Mohammad Ahmadi, 22, disabitkan bersalah atas dakwaan ‘mempromosikan rasuah dan pelacuran, bersekongkol menentang keselamatan negara dan menyebar propaganda menentang pemerintah’.


Pasangan itu menari di tepi jalan dengan Astiazh tidak bertudung dan melanggar peraturan yang melarang wanita menari di khalayak ramai. - New York Post

Sumber memberitahu Badan Penyiaran Britain (BBC) bahawa penahanan pasangan itu berlaku selepas mereka menyiarkan video di akaun Instagram mereka yang mempunyai gabungan pengikut mencecah dua juta.

Video yang tersebar memaparkan situasi mereka menari di tepi Menara Azadi di Teheran.


Rumah keluarga Astiazh yang mendedahkan profesionnya sebagai pereka fesyen, diserbu sebelum ditahan.

Tidak jelas berapa lama hukuman bagi setiap sabitan berasingan yang mereka hadapi. Bagaimanapun, tempoh hukuman penjara untuk semua pertuduhan adalah selama 10 tahun setengah.

Menurut laporan, mereka juga dikenakan larangan dua tahun daripada menggunakan media sosial dan tidak dibenarkan meninggalkan negara itu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 1-2-2023 11:13 PM
Igtkan asatizah rupenye astiazh
Quote TOPwind 1-2-2023 11:15 PM
cantik dan lawa

bodoh nya kerajaan

dera rakyat tak tentu pasal
Quote Decaffeinated 2-2-2023 12:34 AM
Bila baca berita macam ni syukur Malaysia ada 40% kaum pendatang.

Quote Orenn1 2-2-2023 03:43 AM
Decaffeinated replied at 1-2-2023 04:34 PM
Bila baca berita macam ni syukur Malaysia ada 40% kaum pendatang.

Klu tak jadi taliban lah jugakk kita klu semua melayuuu isle....sherammm. Nasibb ada kaperrr jugak
Quote ninja9 2-2-2023 05:55 AM
terus didakwa mementang pemerintah ...  barangkali logiknya pemerintah buat undang-undang, siapa yang langgar automatik menentang pemerintah.

dan menetang keselamtan negara itu kerana bila ramai orang terpengaruh dengan tarian dan ikut sama menari maka mereka dah tak mahu memepertahankan negara .. perkataan mementang itu agak menggerunkan

lebih kurang macam korea utara tetapi korea lagi kejam.. silap sikit bunuh terus kalau terikut-ikut korea selatan

Quote Dwdrum 2-2-2023 06:39 AM
Dahulu ketika pergi iran.. Rakyat bising tourist di rogol.....authority sana buat tidak tahu sebab pasangan yang di rogol tidak berkahwin.. Rakyat tidak berani protest seperti sekarang...
Quote becir 2-2-2023 06:51 AM
Bilala nak lenyap rejim skrg ni..kesian rakyat

Once dapat guling harap ada yg tak lepas lari keluar negara kena gantung in public by rakyat.
Quote intan244 2-2-2023 10:59 AM
penjara 10 taun, tp xleh main socmed 2 taun je(?_?)

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.080533 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top