CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Menyamar Polis Samun Telefon Bimbit, Pujuk Isteri Mangsa Untuk Buat Seks

1-2-2023 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1126| Komen: 9

Seorang lelaki bertindak melampau apabila tidak hanya menyamar sebagai pegawai polis untuk menyamun seorang lelaki, malah turut mencabul isteri mangsanya itu, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superitenden Arriz Sham Hamezah berkata, menerusi laporan dibuat mangsa, dia mendakwa suspek berusia 30 tahun mendekatinya ketika dia membantu membaiki kereta seorang rakan yang rosak di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah malam.




Katanya, mangsa mendakwa suspek yang menunggang motosikal seorang diri memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dan meminta kad pengenalan lelaki tersebut serta rakannya untuk diperiksa.

“Namun selepas kononnya membuat ‘semakan’, suspek secara tiba-tiba merampas telefon bimbit mangsa. Sebelum beredar, dia sempat berpesan kepada mangsa agar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang sekiranya mahu tuntut semula telefon itu,” katanya.


Mengulas lanjut katanya, suspek kemudian bertindak menghubungi isteri mangsa dan memperdayakannya dengan mendakwa suami wanita itu ditahan polis.

“Suspek mendakwa dia boleh melepaskan mangsa namun mahu terlebih dulu perlu berbincang sebelum berbuat demikian. Untuk itu, suspek mengajak wanita berkenaan berbincang di sebuah kawasan perumahan.

“Wanita itu yang diselubungi perasaan bimbang kemudiannya bersetuju bertemu suspek. Sebaik tiba ke lokasi ditetapkan, suspek terus masuk ke dalam kereta wanita tersebut dan memujuknya untuk melakukan hubungan seks,” katanya.

Tambahnya, isteri mangsa menolak permintaan suspek menyebabkannya lelaki itu berang lalu mencabul wanita tersebut.

“Selepas kejadian itu, wanita tersebut pulang ke rumah dan bertemu suaminya yang sudah kembali ke kediaman mereka. Ketika itulah pasangan suami isteri terbabit sedar ditipu dan mengambil keputusan melaporkan perkara tersebut kepada polis,” katanya.

Susulan itu, polis berjaya menahan suspek di depan sebuah premis di Taman Sri Pendang, kira-kira pukul 3.30 petang hari sama dan merampas sebuah beg serta kotak hitam berisi syabu, kondom dan telefon bimbit.

Suspek direman selama tujuh hari bermula kelmarin untuk disiasat mengikut Seksyen 354, Seksyen 170 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 1-2-2023 10:40 PM
Biasanya kalau mencabul ni dah sempat rogol atau macam mana? *soalan serius
Quote Carcosa 1-2-2023 10:47 PM
Confuse level aku berganda2. Takde sekelumit syak wasangka ke dlm diri mereka2 ni?
Naive or stupid?
Quote Belibis 1-2-2023 10:49 PM
Fuhh..panjang akal jugak,walaupun misi gagal.menyamar penjawat awam,samun,cubaan rogol..
Quote krustykrab 1-2-2023 10:54 PM
Pompuan tu pun tak syak apa² ke bila polis suruh jumpa kt tmpt selain balai polis
Quote anony-mous 1-2-2023 10:57 PM
imransulaiman replied at 1-2-2023 10:40 PM
Biasanya kalau mencabul ni dah sempat rogol atau macam mana? *soalan serius

Klau sempat rogol, tulis dirogol la. Cabul tu mcm meraba
Quote edayildiz 1-2-2023 11:08 PM
nsb dicabul jer
bodoh pun ye watak bini mangsa tu
Quote kepompong 1-2-2023 11:18 PM
tepon tkde passcode . Senang2 boleh bukak cari info
Quote Decaffeinated 2-2-2023 12:32 AM
Jangan kutuk sangat kalau tak kena diri sendiri.

Memang possible bila public tak boleh beza samseng yang menyamar polis dengan polis sebenar. Siapa faham, faham la.
Quote Sazreena 2-2-2023 05:50 PM
Lenkali mintak nombor badan. Call je balai yg dimention utk kepastian. Zaman skang byk org giler so jgn mudah gelabah kalau tak buat salah.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.064644 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top