CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wilayah Persekutuan Bandar Pintar Menjelang 2030

1-2-2023 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 588| Komen: 3

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan meletakkan sasaran mahu menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang 2030.

Hasrat itu selari dengan konsep Malaysia MADANI yang turut memberi penekanan kepada aspek kemampanan dengan konsep kota hijau dan kota pintar.



FB

“Jabatan Wilayah Persekutuan turut sedang merangka agenda pembangunan untuk masa depan secara mampan, berdaya huni dan pintar.

“Antara program lain yang telah direncana adalah penggunaan bas elektrik Kuala Lumpur, Wangsa Maju sebagai bandar perintis rendah karbon, penambahan pemasangan kamera litar tertutup di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta pemasangan Wi-Fi di projek perumahan rakyat dan perumahan awam di Labuan,” katanya.

Perdana Menteri berkongsi perkara itu menerusi Facebook miliknya selepas menghadirkan diri ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023 sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023 pagi tadi di Istana Negara.


Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa usaha-usaha tebatan banjir akan diteruskan dengan lebih gigih selaras dengan pelan mitigasi banjir yang telah disediakan.

“Saya menzahirkan keyakinan kepada Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi-agensi terlibat untuk terus bergerak sederap sebagai satu jentera pasukan perkhidmatan awam untuk mentadbir dan mengurus kemajuan dan pembangunan Wilayah Persekutuan dengan baik dan bijaksana,” katanya. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-2-2023 11:52 PM
Apapon2 hapuskan miskin bandar. Kurangkan harga umah yg melampau2..
Quote monreyes 2-2-2023 12:38 AM
aritu ada jln tutup kat area opis aku..terpaksa lalu jln bandar/hs lee..meriah sungguh kedai2 bangla/nepal..mcm jln2 kat tmpt dorang...
Quote Decaffeinated 2-2-2023 06:33 PM
Putrajaya yang purpose built tu pun masih tak pintar ka?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.047657 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top