CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 6 Tahun Hanyut Lepas Jatuh Longkang Panjang Umur

1-2-2023 09:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 679| Komen: 2

Seorang kanak-kanak enam tahun terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan ke kolam takungan dalam kejadian hujan lebat di Taman Sejati Indah di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mangsa bagaimanapun berjaya ditemui dalam keadaan selamat.



Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak enam tahun yang hanyut ke kolam takungan. - Foto JBPM

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam lebih kurang 5.07 petang.

"Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi mengesahkan terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun hanyut di dalam longkang dan dibawa arus ke dalam kolam takungan air ketika hujan lebat.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa tergelincir semasa bermain di tepi longkang sebelum dibawa arus deras.


“Anggota membuat kerja-kerja pencarian dan menemui mangsa dalam keadaan selamat pada jam 5.37 petang di tebing kolam,” katanya ketika dihubungi.

Sayani berkata, anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan dibawa ke tempat selamat.

Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Kanak-kanak itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan selanjutnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-2-2023 09:07 PM
Keladi bunting ke tu?


Quote riyadhK 1-2-2023 09:49 PM
Aiyo takde lintah ke

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.038912 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top