CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

CAP Dakwa Harga Sayur Naik 160 Peratus Sejak Sebulan Lalu

1-2-2023 09:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 842| Komen: 3

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa harga sayur-sayuran meningkat sehingga 160 peratus sejak sebulan lalu.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, situasi itu akan bertambah rumit susulan, pihaknya menerima aduan daripada peruncit yang mendakwa pengedar dan pemborong memberi amaran bahawa harga sayur dijangka meningkat lagi beberapa minggu akan datang.



Gambar hiasan

“Harga bendi dan kacang panjang yang sebelum ini hanya RM6 sekilogram, masing-masing meningkat sebanyak RM16 dan RM12.

“Manakala tomato (RM4.50 sekilogram), kacang (RM6 sekilogram) dan terung RM7 sekilogram kini masing-masing berharga antara RM10 hingga RM12,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera bagi menurunkan harga sayur-sayuran.


Kata Mohideen, pihaknya sudah berulang kali menyeru supaya FAMA mengawal pemasaran dan pengedaran sayur-sayuran di negara ini bagi menghapuskan pencatutan orang tengah tetapi gesaan itu tidak didengari.


Terdapat pelbagai sayur-sayuran yang segar boleh didapati di Pekan Sehari Temerloh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.

“Kenaikan harga barang perlu ditangani segera kerana ia akan memberi kesan terhadap golongan berpendapatan rendah.

“Selain itu, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap peniaga yang menaikkan harga secara berlebihan serta melanggar Kawalan Harga dan Anti -Akta Pencatutan 2010,” ujar beliau. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 1-2-2023 11:58 PM
Pecat jelah semua org kt Fama tu
Quote glump 2-2-2023 12:04 AM
Pemborong sayur pun warga asking .fama buat apa entah
Quote akies 2-2-2023 12:37 AM
Fama mcm takde fungsi…
sekadar hiasan di payung pasar tani

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.045041 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top