Suami kepada seorang wanita yang maut selepas melahirkan anak di sebuah rumah di Kampung Perigi Jerneh, Padang Lebar, di sini, petang semalam berhasrat memohon bantuan Kedutaan Indonesia untuk pulang ke negara itu bersama tiga anaknya.
Lelaki yang tidak mahu dikenali dan berusia 34 tahun itu berkata, sudah tiba masanya dia pulang ke kampung asalnya di Bandung setelah lebih 10 tahun masuk ke negara ini bersama isterinya bagi mencari rezeki sebagai buruh binaan. Menurutnya, kejadian yang menimpa isterinya itu sangat mengejutkan apatah lagi ia berlaku di hadapan matanya dan dua anak lelakinya yang berusia enam dan sembilan tahun.
“Memang dijangka isteri melahirkan anak keempat kami pada minggu ini. Mmahu membawanya ke hospital tetapi pada masa itu saya sukar cari pengangkutan. “Isteri mula sakit pukul 10 pagi dan melahirkan anak kami sekitar pukul 12 tengah hari. Saya sambut sendiri anak yang lahir dan isteri saya sempat melihat anak perempuannya sebelum tidak sedarkan diri, saya cuba hubungi rakan untuk membawanya ke hospital tetapi tidak sempat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Rembau, di sini, tadi. Semalam media melaporkan, seorang ibu warganegara Indonesia yang berusia 32 tahun meninggal dunia selepas melahirkan anak ketiganya di sebuah rumah di Kampung Perigi Jernih, di sini, petang. Sumber: UTUSAN |
Zack8hunter replied at 1-2-2023 02:44 PM
takziah pada mereka sekeluarga.. kalau xde apa benda elok yg nk dikomen better diam jer kot.. toksah ...
shernazz replied at 1-2-2023 09:18 PM
Kesian.juga
Ada.indon meninggal.kat.area.sini last year..kos bawa balik sana rm8k tak silap
anony-mous replied at 2-2-2023 08:14 AM
Skrg tau kenapa pati rohingya ramai? Sbb org kita kesian kesian. Cth mcm kes ni la
Themilo replied at 2-2-2023 07:51 AM
kat tempat weols pernah jadi. meninggal kat malaysia, tapi keluarga di indon nak kebumi kat sana. ...
Carcosa replied at 1-2-2023 11:41 PM
Kesiannya... Sedih plk baca, walaupun diorang warga asing and meols syak mesti PATI.
Dahla baru dpt ...
ADVERTISEMENT