CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Kesal Suspek Belasah Isteri Sampai Koma Bebas Siap Buat Content TikTok

1-2-2023 07:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3531| Komen: 21

Masih ingatkah lagi kisah meruntun hati mangsa keganasan rumah tangga dikenali Jahidah Nordin yang berlaku pada tahun 2021.

Berita mengenai mangsa yang terlantar kaku dan masih koma sehingga kini masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.


Berkongsi perkembangan terkini, adik kepada mangsa iaitu Fauziah Nordin mengakui mereka sekeluarga belum dapat menerima apa yang berlaku kepada kakaknya itu.


YouTube

Lebih membuatkan dia kesal apabila suspek yang sudah dibebaskan dengan ikat jamin masih mampu memuat naik video di TikTok bercerita mengenai kehidupan baharu.

“Saya tak sangka suspek boleh buat kakak saya macam itu.

“Tiada tanggung jawab langsung, dia buat kakak saya macam itu dia boleh kembalikan kakak saya kepada normal ke?

“Dia siap post dekat TikTok dia dah keluar penjara dan mulakan kehidupan baharu,” katanya kepada mStar.


Untuk rekod, Rosmaini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri ketiganya itu pada 4 Mei 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A

kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pengecatbintang 1-2-2023 07:19 PM
yg jadik mangsa UTAMA dalam kes ni bukan Jahidah...

Mangsa UTAMA adalah adik Jahidah..

da kena bela plak kakak koma n anak sedara..

kalo tahu..

lebih baik jadik andartu
Quote mojarean_X 1-2-2023 07:21 PM
Apa tik tok dia ...someone tolong share tik tok dia
Quote primarikey 1-2-2023 07:51 PM
Tolong la serang socmed jantan tak guna ni
Biar hidup dia x aman
Serang jgk socmed bini dia yg jamin dia tu

Quote Suchi 1-2-2023 08:06 PM
Dia tak pi tgk ke anak dia? Skrg ni kalau dia minta nk amik baby tu adik jahidah takleh wat apa kan? Sbb dia bapa kndung baby tu.

Cemana la Jahidah nih leh sangkut ngn rosmaini tu, dahla kena jdi bini no 3.
Quote airmineral 1-2-2023 08:39 PM
mcmn life baru jantan tu? aku hrp tuhan bayar cash kt dia di dunia ni juga spy jadi oengajaran utk org lain juga
Quote krustykrab 1-2-2023 08:44 PM
Mcm mn syaitan ni boleh keluar jel...separuh mati bantai bini, kejap je hukuman.
Quote cheezel 1-2-2023 09:49 PM
Undang2 bodoh
Quote Zazama 2-2-2023 12:38 AM
Ok, bertiktok lah kat atas donia. Kau akan ditiktok kan dgn hukuman tahap brutal satu masa nanti. Kau dah ready?
Quote JunkMail 2-2-2023 12:58 AM
Undang-undang cibai burit apa yang bebaskan laki yang pukul bini? Sial lahh
Quote Atata 2-2-2023 02:02 AM
JunkMail replied at 2-2-2023 12:58 AM
Undang-undang cibai burit apa yang bebaskan laki yang pukul bini? Sial lahh

Huhuhu.. sedangkan bicara atas tuduhan membunuh pun dapat dijamin sis.. merujuk pada kes craddle fund. So yg kes jahidah ni lagilah boleh ikat jamin, jahidah tak mati. Kes laki jahidah ni masih berjalan , dia belum jatuh hukum. Sebelum ni dia duduk dalam jel sebab takda orang ikat jamin dia. Bila ada yg sudi ikat jamin, maka bebas lah dia d muka bumi ni selagi belum dijatuhkan hukuman bersalah. Kes yang kakak terbunuh adik dia yang dia lempar pisau waktu gaduh ngan adik tu pun dapat ikat jamin. Kakak tu bebas sambil tunggu mahkamah biacara kes dia.
Quote she 2-2-2023 02:35 AM
Kenapa iye lama nau kes dia ni nak bersidang

Naseb yang pukul bini guna helmet merah tu dah jatuh hukum
Quote Zazama 2-2-2023 07:52 AM
Kau gunakan tubuh badan sempurna gagah perkasa kau tu utk pukul koma kan seorang isteri, mmg bodoh lah!
Quote chandrahusin 2-2-2023 08:02 AM
netizen pegi la serang tiktok jantan tu
biar smpai dia kemurungan
Quote Miss_Ceri 2-2-2023 08:07 AM

Dah bertahun kes, mangsa siap bukti video segala pun tak boleh nk proceed trial and execute lagi.
Quote lee_sakura 2-2-2023 08:13 AM
aku selalu tgk live fauziah ni...tabah betul dia jaga kakak & anak sedara dia...sanggup pindah dr sabah ke semenanjung utk jaga kakak dia...hanya allah swt yg mampu balas jasa fauziah
Quote ladybugz 2-2-2023 08:32 AM
fauziah deserves the best of this world n hereafter. i slalu brangan kalau tgk org yg jaga org yg sakit terlantar supaya dapat duit berkepuk2 dan jd kaya raya di dunia ni selain dari pahala yg berganda2 juga. sbb org mcm ni sgt la x pentingkan diri n deserves to be taken care of at least financially.
Quote bitterchoc 2-2-2023 08:48 AM

Harap jantan tak guna tu hidup dan mati dengan sangat terseksa dan terus terseksa di alam sana.
Quote Straya 2-2-2023 11:43 AM
Tak ada ke lawyer nak tolong family jahidah ni?Buat pro bono saman jantan tak guna ni sampai dia tinggal spender.Saman untuk kos sara hidup & tanggung jahidah & anak dia.Kalau tak boleh bayar saman,sumbat jail
Quote Abc246 3-2-2023 10:37 PM
Tiap kali baca kes ni mesti sakit hati. Kesian si mangsa dan baby dia

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.130348 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top