CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Terkesima Tengok Dominic Toretto Beli Ikan Baung Di Malaysia

1-2-2023 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2129| Komen: 14

Peminat filem aksi perlumbaan kereta, Fast & Furious pasti sahaja amat teruja akan watak Toretto lakonan pelakon hebat Hollywood, Vin Diesel.

Dengan watak bertubuh tegap, cekap memandu kereta lumba dan mempunyai kemahiran bela diri menjadikan watak Toretto digemari ramai di seluruh dunia.


Malah sebelum ini, ‘Toretto celup’ dari Thailand yang meniru aksi dan gaya Vin Diesel turut terkenal di media sosial.


Namum kali ini, Toretto yang paling seiras telah dijumpai di Malaysia sedang membeli ikan Baung di warung tepi jalan.

Walaupun lokasi sebenar penemuan ‘Toretto’ tidak dinyatakan, namun difahamkan Toretto kali ini adalah berbangsa Pakistan yang berhijrah ke negara ini.

Rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan penemuan itu dan menyifatkan Toretto kali ini adalah yang paling seiras dijumpai.

“Dah masuk Islam, dah join tabligh Toretto. Kali ini yang paling seiras dijumpai. Mesti dia perasan orang samakan dia dengan Vin Diesel,” ujar Zalisham.


“Dia datang beli ikan dekat Malaysia, dah tak bawa kereta mungkin sekarang,” kata Syafix Abd Hamid.

“Ini yang paling seiras, kalau jumpa dekat Amerika ni memang orang ingat yang asli dah ni,” kata Zaibidi Haron. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 1-2-2023 04:16 PM
Muka hat ni sebijik
Quote tri-max 1-2-2023 04:30 PM
aku belum scroll gambar da start mengekek membayangkan hat DOM philipine tu
vongok ...
tp yg ni mmg kena amat, perut ajer boroi
tak leh masuk kereta sport, sangkut kat steering
Quote sukacactus 1-2-2023 04:49 PM
Biasa la kalau xshooting diorang let loose xjaga body sgt kan
So betul la dah jadi rhope gini vin diesel nya
Quote belilies 1-2-2023 05:16 PM
Shamsul anak usop selam tu nak jadi toretto jadian inilah, sambil fefeeling perasan anak kazar muka monyet tu serupa letty
Quote shernazz 1-2-2023 08:15 PM
Hahahha
Toretto nak masak baung tempoyak ke?
Quote shernazz 1-2-2023 08:16 PM
Igt dolu..website kete
Toreto.com
Merata promot dalam mIRC
Quote kakikuDibibirmu 1-2-2023 08:26 PM
I am Groot tersenyum sinis
Quote rosedemon 2-2-2023 08:23 AM
sebijik bodo hahahahahhahahah
Quote tipah89 2-2-2023 11:49 AM
yg ni mmg sebijikkkk tang peruttt ke depan sikitttttt.. ku ingat VD da join tebligh
Quote batmana 2-2-2023 11:54 AM
Vin diesel pn boroi sbnrnya..nk start blakon bru fit balik..ada gmba before n after
Quote tintin22 2-2-2023 11:54 AM
Quote ciksom 2-2-2023 11:56 AM
Samalah..dia dah masuk islam ke
Quote She-Ra 2-2-2023 11:59 AM
belilies replied at 1-2-2023 05:16 PM
Shamsul anak usop selam tu nak jadi toretto jadian inilah, sambil fefeeling perasan anak kazar muka  ...

aduhh ko ni buat aku terbayang muka lety
choi betul!
Quote She-Ra 2-2-2023 12:01 PM
batmana replied at 2-2-2023 11:54 AM
Vin diesel pn boroi sbnrnya..nk start blakon bru fit balik..ada gmba before n after

betul.. siapa folo ig dia, tau la camne boroinya dia
dh nk buat pilem baru dia buat balik body tuu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055417 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top