CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tarikh Baharu Keputusan Saman A.Aida, Amelia Henderson 24 Februari

1-2-2023 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 788| Komen: 3

Mahkamah Sesyen Sivil di sini menetapkan 24 Februari ini bagi penetapan tarikh baharu keputusan kes saman pelanggaran kontrak membabitkan syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. dengan pelakon Amelia Henderson.


Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ashmadi Othman yang mewakili syarikat penerbitan itu selaku plaintif ketika dihubungi di sini hari ini.


“Mahkamah telah menetapkan tarikh bagi E-review (tarikh baharu keputusan) pada 24 Februari ini,” katanya.

Sementara itu, peguam, Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Amelia selaku defendan ketika dihubungi turut mengesahkan perkara tersebut.



Sebelum ini mahkamah telah menetapkan 27 Januari lalu bagi keputusan kes namun tarikh tersebut dilapangkan yang mana perbicaraan kes itu telah selesai didengar di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Untuk rekod sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A.Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.



Semasa perbicaraan berlangsung seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A.Aida Production Sdn. Bhd. terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.

Sementara Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.



Sebelum ini Amelia dan seorang lagi pelakon lelaki drama yang sama Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.

A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.



Bagaimanapun saman melibatkan A. Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 1-2-2023 04:10 PM
amelia ni klu travel sure travel
light…..sebab baju dia kecik kecik je….bawak banyak banyak pun x still under 20kg nye luggage
Quote bedahmenjuyah 1-2-2023 05:51 PM
Go go amelia. Lawan tetap lawan
Quote rosedemon 2-2-2023 08:37 AM
keysahhhhhh sukati kola

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.029033 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top