Osman Ali langsung tidak tahu menahu tentang hubungan yang wujud antara pasangan hero heroinnya, Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz. Kata pengarah itu, dia tidak melihat petanda ‘pelik’ membabitkan Sophia dan Aliff ketika berada di lokasi penggambaran naskhah naskhah Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
“Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan. “Apa yang saya lihat, baik Sophia mahupun Aliff, mereka bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran,” katanya kepada Kosmo. Menurutnya dia tahu tentang pengakuan yang didedahkan oleh Bella Astillah namun tak tahu saiapa aktres yang dimaksudkan. “Saya tidak tahu pelakon yang Bella maksudkan itu siapa. Saya tidak mahu menuduh sembarangan, takut jadi fitnah nanti." Kelakuan antara Sophia dan Aliff ketika berada di lokasi penggambaran juga tiada masalah. Katanya kemesraan yang ditonjolkan antara kedua-dua pelakon itu hanya ketika bekerja demi penghayatan watak masing-masing. “Saya tidak nampak ada masalah antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri. “Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja." Disebabkan itu Osman mengakui berasa sedikit hairan dengan berita yang dilaporkan tentang Sophia. Dia sekali gus menolak sengaja mahu mencipta cerita sebegitu untuk meraih publisiti drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
|
Burong_Hantuk replied at 1-2-2023 09:57 AM
so???????siapa penyondol??
dudaberhias replied at 1-2-2023 10:50 AM
see???
tak rugi kaka #teampeah
alesandra replied at 1-2-2023 11:40 AM
peah pelakon method kot.bella bukan paham pun
ADVERTISEMENT