CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Amang Seksual Fizikal PU Azman: 12 Saksi Mungkin Dipanggil

31-1-2023 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1125| Komen: 5

Seremban: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini menetapkan 24 hingga 28 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan pendakwah selebriti, Azman Syah Alias, 42, bagi lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.


Dalam prosiding sebutan semula hari ini, Hakim, Datin Surita Budin berkata, 12 saksi pendakwaan mungkin akan dipanggil bagi memberi keterangan terdiri daripada doktor, ibu bapa, mangsa dan pegawai penyiasat.

Terdahulu, Peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili Azman Syah memberitahu mahkamah pihak pembelaan akan mengemukakan representasi selepas menerima dokumen kes di mahkamah lain membabitkan pengadu dan mangsa sama.

Foto: Harian Metro

Tambahnya, ia bertujuan mengenal pasti sama ada kes di mahkamah berkenaan mempunyai kaitan dengan kes di Mahkamah Seremban atau sebaliknya.

"Dalam kes ini terdapat 12 pertuduhan dan ada empat pengadu. Ada kemungkinan kita akan menghantar alibi.


"Jadi saya mencadangkan puan (Surita) menetapkan tarikh bicara kerana pertuduhan terhadap tertuduh membabitkan empat mahkamah termasuk di Shah Alam, Klang dan Ampang," katanya.

Surita kemudian menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh untuk keputusan representasi.

Sebelum itu, Azman Syah atau nama pentasnya PU Azman tiba di Kompleks Mahkamah Seremban jam 9 pagi dengan memakai kurta berwarna biru gelap, ditemani Mohamad Zahid.

Ditanya dirinya yang kini kelihatan aktif semula di media sosial Instagram, PU Azman atau digelar Cik Man memberitahu, ramai yang menghantar soalan peribadi dan agama kepadanya.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak ada masalah untuk menjawab soalan itu dan kadang-kadang ada yang tanya soalan berulang. Alhamdulillah saya juga sihat. Doakan," katanya ringkas.

Pada 21 Disember lalu, PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang dengan satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.

Pada 7 Disember lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Klang atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun ini.

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun sama pada 12 Oktober.

PU Azman mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 02:35 PM
dasarrrrrrr
Quote prince_marhaen 31-1-2023 02:47 PM
CIKMAN NAK MANDIIIII NIIIIII....... CIKMAN MERAJUKKK LAHHHHHHH~~~

PERNAH SAYANG TAK? SAYANG CIKMAN SEBAGAI APA?

CIKMAN TERINGIN DISAYANGI....


Quote rosedemon 1-2-2023 08:18 AM
merepot jelah dlm penjara cik man oi. main nonek sndiri
Quote Nuyak 1-2-2023 12:35 PM
banyak nye kes cik man ni..aishh..cik man cik man...
Quote rogayahtop 1-2-2023 08:07 PM
bottom ye nok cik man ni?

gelojoh sgt sampai berbelas2 org mangsa, kut ye pun carilah sorang hanak hikan bukan yg bawah umur nak berkongsi kesunyian berkasih sayang pun.

ni kalau semua yg bawah umur dimolestnya mmg pedo la pun.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.029706 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top