Syamsul Yusof menyeru orang ramai supaya menegurnya sekiranya terserempak di mana-mana. Dalam satu video yang dimuat naiknya di TikTok, Syamsul kelihatan ceria sedang melayani peminatnya untuk mengambil gambar di sebuah stesen pam minyak.
“Nampak abang kat luar tu, tegur-tegur lah ye. Terima kasih Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen. Di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan semangat dan kekuatan yang dimiliki oleh pengarah yang berusia 38 tahun itu meskipun dia ‘dihimpit’ dengan kontroversi mengenai kemelut rumah tangganya bersama pelakon, Puteri Sarah. Malah mereka menyifatkan Syamsul kini sudah semakin mendapat perhatian peminat walaupun dia sebelum ini dia teruk dikecam serta dikritik selepas berkahwin kali kedua.
|
edoraixora replied at 31-1-2023 11:01 AM
tiberrrrr....mesra peminat
selama ni macam sombong jerr
kucingitam replied at 31-1-2023 11:22 AM
yg lelaki je sibuk nak amik gambar..idola katanya...hahah.
chocobozhere replied at 31-1-2023 11:19 AM
Kadang aku rasa ralat sangat nape dia memilih si IK ni. Bagi aku mcm kekalahan paling besar isteri b ...
airmineral replied at 31-1-2023 11:11 AM
apesal dia bahasakn diri dia abang?
Burong_Hantuk replied at 31-1-2023 12:00 PM
abang kawasan.....
ADVERTISEMENT