Mia Ahmad menimang cahaya mata ketiganya pada 17 Januari lalu. Difahamkan Mia sedang berpantang di Pahang memandangkan suaminya Izham Tarmizi kini menjadi penjaga gol pasukan Sri Pahang FC.
Menerusi perkongsian di TikTok, Mia mengakui terpaksa ‘korbankan’ tempoh berpantangnya kerana perlu menguruskan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil. Suaminya tak dapat menemani kerana sedang menjalani latihan bersama pasukan walaupun ketika hujung minggu. "Bila awak tiada pilihan lain, apa yang boleh dilakukan hanyalah tawakal." Mia juga sempat berpesan kepada ibu-ibu yang mempunyai pasangan ketika berpantang seharusnya bersyukur dan lebih menghargai.
"Tak mudah ya kalau tiada pasangan, nak pantang, berjaga malam, pam susu, beli jiwa anak-anak yang lain." -CARI
|
kotakominami replied at 31-1-2023 03:04 PM
Takde rase nak kesian ke kagum ke sebab mak aku dulu2 pon ari ke tiga lepas bersalin dah turun dapo ...
ADVERTISEMENT