CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kena Ada Duit Sendiri, Tak Boleh Reda Je Suami Curang," Dayana Roza Bagi Nasihat

31-1-2023 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1607| Komen: 9

Baru-baru ini, pelakon Dayana Roza memuat naik tangkap layar sebuah artikel yang berkisarkan tentang perlakuan curang suami terhadap isteri.

Susulan itu, Dayana tampil memberi pandangan peribadinya mengenai isu suami curang di Instagramnya.


Menerusi hantaran Instagram Storiesnya (IGS), Dayana menasihati bahawa para isteri perlu memiliki pendapatan sendiri.

Foto: IG

“Sebab tu kalau boleh isteri kena ada duit sendiri. Zaman sekarang macam-macam peluang buat duit, dari rumah pun boleh,” katanya.

Tambahnya, isteri tidak perlu untuk sentiasa berasa reda dengan perkara yang terjadi dalam hubungan perkahwinan.



“So, perempuan tak perlu la asyik kena ‘Redha’ je dengan toxic marriage. Memang kesian anak-anak tapi kena kesian dulu kat diri sendiri,” jelasnya.

Kata Dayana, wanita yang bergelar isteri perlu untuk mempunyai mental yang kuat supaya dapat menjaga anak-anak dan tak perlu untuk menyeksa diri untuk berada dalam perkahwinan yang boleh memudaratkan kesihatan mental.




“Kalau mental dah lemah macam mana nak jaga anak-anak? Kalau dah melampau sangat terpaksa la angkat kaki.

“Memang takde orang nak kahwin cerai, tapi kalau sampai terseksa diri pun tak boleh jugak. Jangan biarkan mental anda kena abuse,” tulisnya lagi.




Menerusi entri tersebut, Dayana turut membuka ruang kepada wanita untuk memberi pandangan mereka mengenai isu tersebut dengan membuka sesi Q&A. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 10:40 AM
true...kita perempuan kena berdikari...pegang duit sendiri..klu jadi apa2..kita x rasa terlalu down
Quote seripahzeripah 31-1-2023 06:58 PM
Laki kau pun curang belakang kau kan nyahh...perangai laki kau kan aneh² bila dah tertonggang terbalik
Quote Suchi 31-1-2023 07:43 PM
Comey anaknya rambut lebat dan tebal padahal mcm blm boleh jln lagi tu
Quote imanjannah 31-1-2023 07:45 PM
aku terlepas info dia kahwin
Quote duricinta 31-1-2023 08:14 PM
Betul sgt bila kita ada duit kita x tkt nk tinggalkan org yg dh sakitkn hati kita..x yah nak kata kesian kat anak la itu la ini la, sediakan back up tu penting
Quote rosedemon 1-2-2023 08:24 AM
lahhh gitu je nasihatnya. semua orag tau puih
Quote habisnamadahni 1-2-2023 08:31 AM
comel ank dia mcm ank patung je dgn rambut camtu
Quote brunesss 1-2-2023 09:20 AM
Suchi replied at 31-1-2023 07:43 PM
Comey anaknya rambut lebat dan tebal padahal mcm blm boleh jln lagi tu

comel kannnnnn macam anak patung anak dia
Quote ally9970 1-2-2023 10:58 AM
Dayana, mancing kat mana dah sekarang?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053333 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top