CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mengandung Lagi, Fizo Omar Dan Isteri Dikritik, "Tak Boleh Jadi Contoh, Apa Lelaki Dapat Dengan Banyak-Banyak Anak?"

31-1-2023 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7729| Komen: 75

Baru-baru ini, pelakon Fizo Omar mengumumkan berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri disahkan hamil anak kedua selepas lapan bulan melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memberitahu kandungan isterinya itu sudah berusia lima bulan dan dia bakal menerima kehadiran anak yang ketiga.


Namun, menerusi ciapan di Twitter, terdapat individu yang bimbang perkara itu akan memudaratkan kesihatan ibu yang baru lepas melahirkan anak untuk kembali mengandung semula.

Foto: IG

“Saya faham sesetengah orang nak anak yang ramai, tapi kena menitikberatkan soal kesihatan ibu bayi itu.

“Tu lah nak banyak-banyak anak, pergi la kahwin banyak senang. Dapat 4 anak setiap 9 bulan, pastu tak tahu apa lelaki dapat dengan banyak-banyak anak,” ujarnya tuju kepada foto tajuk sebuah portal hiburan.



Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen turut menyatakan rasa bimbang dan berkongsi cerita sedih berkenaan ibu yang melahirkan anak dengan jarak umur yang sangat dekat.

“Dulu ada ibu meninggal sebab letih susu dua orang anak gap umur dekat-dekat.



“Lelaki ingat perkara itu okey selepas dah habis pantang tapi sebenarnya wanita punya dalaman ni masih luka sana sini dan ambil masa bertahun untuk sembuh balik macam biasa.

“Kalau follow up dengan doktor kerajaan mahu kena marah ni. Tak boleh jadi contoh,” komen netizen. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 31-1-2023 09:51 AM
abudi ni pehal, aku paling nyampah tgok dia tweet mcm terpaling la influencer taik btl
Quote ayukpingu 31-1-2023 09:57 AM
Edited by ayukpingu at 31-1-2023 01:59 AM

sah2 la kena ceramah misi dan doktor kalau terjadi benda begini...rapat sangat jarak nya...tadah telinga aje la dengan nasihat doc nanti. tp tu lah, dah rezeki kan?
Quote ketambangkang 31-1-2023 10:11 AM
dia check up ngandong pon kat 5 star punye hospital uols, yg selalu marah2 ni doc & misi gomen je..dia pantang pon tgk la kat mana, 5 star punye confinement centre jugak, so pedehal beranak je la selagi mampu
Quote mizruncing 31-1-2023 10:30 AM
rezeki dia. duit banyak.. berpantang pn sebulan CL jaga dgn tempat mewah lg. klu mcm tu sesapa pon sanggup beranak ramai
Quote jalfa 31-1-2023 10:33 AM
Bglah can kat bini tu rest setahun dua....terpaling octa..ke alpha
Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 10:36 AM
Lantak dia lerrr...duit dia..badan dia
Quote Fazzbulous 31-1-2023 10:38 AM
smbung kontrak lg ke dgn Octa or dah tak sambung?huhuhuhu
Quote prince_marhaen 31-1-2023 10:41 AM
sementara ada duit ni ancut budu puas2 ler... ekekekeke...
Quote cantthinkofany 31-1-2023 10:54 AM
maknanya....baby baru tiga bulan dah mengandung balik eh
Quote bintangct 31-1-2023 11:03 AM
Ewww nota kaki tak semenggah
Quote orkidorkido 31-1-2023 11:12 AM
Iols rasa diaorang simply ‘accident’
Banyak kes yang pregnant semula 3 bulan lepas bini beranak. Lama takde hubungan sexual mostly dari 3rd term pregnancy then sampai wife habis pantang etc. So excited & rindu kut, si wife pun sama teringin after very long, full of emotion, jadi mudahlah conceived. Jadi lepas ni, kena jugak cepat-cepat ambil contracep selepas 6 minggu melahirkan baby.
Quote zaraaqilah 31-1-2023 12:01 PM
apa nak heran....duit banyak. Taulah laki dia jaga binik dia
Quote Afie13 31-1-2023 12:15 PM
cantthinkofany replied at 31-1-2023 10:54 AM
maknanya....baby baru tiga bulan dah mengandung balik eh

Cukup pantang 100 hari on terus lekat kot dia ckp kilang buka je terus menjadi baru lepas bersalin mmg lah mudah lekat sbb bini subur lagi tambah2 pulak kalau x menyusu anak
Quote electricopop 31-1-2023 12:25 PM
nononcrux replied at 31-1-2023 09:51 AM
abudi ni pehal, aku paling nyampah tgok dia tweet mcm terpaling la influencer taik btl

Dia siapa? Ada nampak gak tweet tweet dia kadang macam eh eh ko ni macam semua benda nak amik port.
Quote MistrezHermanaz 31-1-2023 12:37 PM
nota kaki tu alahai..x perlu kot..nk ckp ko sharp shooter ke apa
Quote JunkMail 31-1-2023 12:44 PM
electricopop replied at 31-1-2023 12:25 PM
Dia siapa? Ada nampak gak tweet tweet dia kadang macam eh eh ko ni macam semua benda nak amik port ...

Adakah dia budak yang sama suka parkour tu? Sejak bila dia kuat mencabub benda lain? Dulu macam post parkour dia je..ke orang berbeza?
Quote Prickford 31-1-2023 12:50 PM
Tipikal people :


1. Lantak la, duit dia
2. Dah rezeki

Sebenarnya bersebab kenapa ramai manusia terutama sekali pengamal perubatan menggalakkan jarak utk seseorang ibu mengandung semula selepas melahirkan. Kalau ada orang yg asik support dgn alasan "duit dorang", "rezeki dorang", ramai ibu2 akan parah. Tak perasan ke dalam sosial media penuh ibu2 mengeluh akan isu ini. Doctors, nurses dah educate termasuk dengan cara "MARAH2", tapi bila ada some people yg "ala dorang tu bukan tuhan nak sekat2 rezeki mengandung", "ala dorang tu bukannya yg beli susu pampers anak kau", itu yg tersepit. Kalau tuan punya badan tahap kesihatan tip top, mental tip top, setahun 2 kali nak beranak pon takde hal. Tapi purata manusia mcm tu berapa je?? Dah depan mata iolls, baru beranak c-zer. Anak baru nak masuk setahun, peknen semula. Dia kata rasa sakit, pedih2 dalam perut tetap ada lagi. Kesian orang mcm ni.


Quote virgo19 31-1-2023 12:52 PM
Rasanya ramai org yg jarak anak pertama dan kedua rapat, setahun sorang. Mungkin belum pandai planning sbb takde pengalaman kan, keliling aku pun ramai yg anak pertama dan kedua selang setahun. Masuk anak ketiga dah pandai jarakkan.
Quote zeetot 31-1-2023 12:58 PM
Jarak pun tak pandai ke? Utk kebaikan 1st born tu jugak.

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.115692 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top