CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Isteri Chot Gembira Tengok Kebahagiaan Nad Zainal - 'Janji Jangan Ambil Hak Orang'

30-1-2023 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6137| Komen: 27

Berita gembira mengenai perkahwinan antara kedua-dua pelakon berbakat tanah air, Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal mendapat ucapan tahniah serta titipan doa dari rakan artis dan juga dikalangan peminat selebriti ini.


Melihat muat naik di media sosial terutama di Instagram, dibanjiri dengan ucapan tahniah buat kedua-dua pengantin baru tersebut.



Malah bekas isteri kepada pelawak Chot, Siti Zafirul Azzah atau lebih dikenali sebagai Jaja meluahkan rasa gembira melihat mahligai bahagia milik pelakon utama drama Cina Buta itu di Insta Story.

Terdahulu ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi tentang teka-teki status rumahtangganya menerusi hantaran di Instagram, yang menitipkan ucapan tahniah buat bekas suaminya pelawak Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan bersama Zurina Badron.

Menerusi hantaran tersebut spekulasi tentang kemelut rumahtangga yang tidak diketahui umum terjawab, apabila wanita ini mendedahkan mahligai bahagia yang di bina meniti titik noktah gara-gara kehadiran orang ketiga.





Menjengah pula di Insta Story bekas isteri pelawak ini, Azzah memuatnaik gambar bersama anak lelaki keduanya sambil menitipkan kata-kata semangat buat diri serta putera kecilnya itu.



Untuk rekod Hazmeer Hassan dan Siti Zafirul Azzah telah mendirikan rumahtangga pada 18 Julai 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, di mana hayat anak pertama mereka tidak panjang dan meninggal dunia akibat menghidap injap jantung terbalik pada tahun 2018.

Namun tidak lama kemudian pasangan ini menerima kehadiran cahaya mata kedua pada tahun 2019. Meski bertahun bersama, mahligai yang dibina berakhir pada bulan Mac tahun lepas.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 30-1-2023 10:19 PM
Kawen kejap jer, dahla ada anak yg meninggal bleh plak lupakan bini gitu jerr
Sedap sangat ke zurina binti badron tu? Katanya ada anak instant lak tu.
Gigih betui..menambah masalah
Quote aireen24 30-1-2023 10:39 PM
Adik beradik sura kan yang kawin dgn chot tu….
Quote gold_teeth 31-1-2023 06:58 AM
Mna pic bini baru chott versi bukan dlm baju pengantin.. sbab yg ex ni pun kdg2 nmpak putih kdg2 biasa nmpak
Quote ketambangkang 31-1-2023 08:51 AM
bini baru ni dlm ig sendiri kemain flawless putih mulus...masa kawin tgk gmbr/vid yg org tag alaaa biase je muka dia standard2 aku jgk  
Quote akuHavocczz 31-1-2023 08:53 AM
Dah lama cerai kan? move je lah kak.. and jangan yakin sangat kak nad dengan ungku tu tak de mencaras
Quote virgocircus 31-1-2023 09:00 AM
Musim penyondol berleluasa....
Quote Amelyn22 31-1-2023 09:25 AM
aireen24 replied at 30-1-2023 10:39 PM
Adik beradik sura kan yang kawin dgn chot tu….

Kakak sura klau tak silap la
Quote Prickford 31-1-2023 09:32 AM
akuHavocczz replied at 31-1-2023 12:53 AM
Dah lama cerai kan? move je lah kak.. and jangan yakin sangat kak nad dengan ungku tu tak de mencara ...

Rupa nya si Ungku caras Nad dari Faliq
Quote pembacagosip 31-1-2023 09:37 AM
pelawak biasa je kan ni
kakak syura eh sbb nama binti tu sama
Quote dua_chzy 31-1-2023 09:42 AM
Apa bukan ambik hak orang, bukan Nad tubcurang bersama laki baru semasa masih bergelar bini orang?
Quote mizruncing 31-1-2023 10:05 AM
kesian ex wife.. sbb chot tu tak femes je tu yg story dia ni tak de sape kisah. pdhal kes lebih kurang si sol tu hahh
Quote beatgirlX 31-1-2023 10:16 AM
Chot who?
Pelawak ni kalau nama mmg x cam..tgk muka mungkin laaa ..tapi diaorg dah lama kan divorce?
Quote mamajawie 31-1-2023 10:26 AM
sapa chot ni??
Quote RoseLuna 31-1-2023 10:29 AM
yakinnya kau kak yang Nad dan Ungku tu tak ambil hak orang. lupa ke Nad tu baru je cerai tak sampai berapa bulan dah kawin lain
Quote prince_marhaen 31-1-2023 10:48 AM
Rengseknyaaaaa jenis pompuan post gmbr orang lain demi nak sindir-sindir ex... walhal orang yang kau post tu pun pergi bercinta holiday-holiday sama-sama (bilik asing of course ) semasa masih bergelar isteri lagi pun...demi content youtube katanya...peluk gesel sebab 'kerja'...jaga masa koma sebab 'sahabat'... hahahaha begitu mudah nak feeling2 sweet kan orang..
Quote Zaien 31-1-2023 12:41 PM
ni semua strategik marketing nak up kan diri dia..
jenuh dia join mcm2 competition nyanyi.. tpi sendu gak..

ko bygkan ape motif ko meroyan dh cerai.. lepastu ko up blik gmbr2 time bercinta smpai ade anak smua?? motif? sbb ko nk glamor so nanti mana la tahu ada rezeki orang nak ambik ko jadi penyanyi..

sorry jaja.. even ko kwn aku.. aku x suka cara posting dia gitu... sbb ko dh cerai lme rsnya.. bknnya sebulan 2..

Quote Zaien 31-1-2023 12:44 PM

plawak sendu chott xoxo
skang x silap dia jdi dj radio melaka..

Quote ilhamazalea 31-1-2023 01:42 PM
ketambangkang replied at 31-1-2023 08:51 AM
bini baru ni dlm ig sendiri kemain flawless putih mulus...masa kawin tgk gmbr/vid yg org tag alaaa b ...

hmm, gigih la filter masing2.. flaws are beautipool la
Quote fair_iza 31-1-2023 01:57 PM
Dah knp gambar kawin org nk inteprem cerita rumahtangga ko?

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.032612 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top