CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mas Idayu Berhati Mulia, Bukan Calang-Calang Orangnya- Sissy Iman Langsung Tak Dendam

30-1-2023 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1704| Komen: 16

Sissy Imann tidak pernah menyimpan perasaan dendam atau marah terhadap Mas Idayu ekoran menerima komen pedas daripada juri tetap program Famili Duo berkenaan minggu lalu.

Sebaliknya kata Sissy, 28, dia sangat menghormati Mas Idayu sebagai individu yang lebih berpengalaman dalam industri seni malah hubungan mereka tiada sebarang masalah sebelum ini.


Foto: IG

"Kalau ikutkan keadaan sebelum ini, sebagai rakan industri, hubungan kami memang baik. Saya pernah mengacarakan sebuah program realiti nyanyian di Sarawak dan kerap bertemu dengan Mummy di lapangan terbang. Kami selalu berborak kalau berjumpa.

"Saya mengenali Mas Idayu sebagai seorang berhati mulia, dia memang orang yang baik. Mungkin karakternya sedikit berbeza mengikut keadaan.

"Saya menghormati Mas Idayu lebih-lebih lagi dengan pengalaman dan ilmu yang dia miliki. Bukan calang-calang orangnya, saya pun tak boleh menyanyi dandgut sebaik dia," katanya kepada mStar.




Sissy menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas persembahan program Famili Duo minggu ketujuh yang diadakan di Studio 2, Sri Pentas Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Sissy berkata, selama seminggu mendiamkan diri, dia tidak menghubungi mana-mana pihak terutamanya Mas Idayu bagi menjernihkan hubungan di antara mereka.

Jelas Sissy, tidak timbul isu sama ada hubungan mereka baik atau tidak kerana memang tiada masalah di antara mereka.


"Saya juga tak menghubungi sesiapa melainkan Naim sejak minggu lalu. Saya juga tidak mahu memikirkan apa yang berlaku bagi menjaga kesihatan mental saya," jelasnya.


[ig]https://www.instagram.com/p/CnMb7uMSjsJ/?hl=en" data-instgrm-version="8" style=" background:#FFF; border:0; border-radius:3px; box-shadow:0 0 1px 0 rgba(0,0,0,0.5),0 1px 10px 0 rgba(0,0,0,0.15); margin: 1px; max-width:658px; padding:0; width:99.375%; width:-webkit-calc(100% - 2px); width:calc(100% - 2px);">

Sementara itu, Naim pula memberitahu mereka tidak merayu kepada Mas Idayu untuk memberi komen pada persembahan pada malam Ahad kerana enggan mengganggu tugas juri selain terbuka dengan sebarang komen.

Kata Naim, sebagai peserta dan penyanyi mereka sudah melunaskan tugas diberikan selain ingin menghiburkan penonton.

"Kami ada di sini terbuka, jadi kami harap semua orang pun sama. Kami pun tidak mahu ganggu tugas juri. Kami di atas pentas hanya penghibur, itu kami ambil kapasiti sebagai penyanyi dan terbuka dengan komen juri," jelasnya.



Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim yang menyampaikan lagu Jampi versi keroncong mendapat kritikan pedas Mas Idayu yang dianggap keterlaluan sehingga dia dikecam netizen.

Teguran itu turut membuatkan Sissy tidak dapat menahan air mata dan meninggalkan program tersebut selepas membuat persembahan.

Sissy turut meluahkan rasa kecewa dan enggan meneruskan penjualan albumnya berjudul Sissy Imann yang sepatutnya dilancarkan pada 2 Februari ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leftrani_kel 30-1-2023 05:54 PM
Ok ler..tutup buku ye..udah2 le cite pasal ni
Quote dudaberhias 30-1-2023 06:00 PM
mulia celah mana? rhoperr pun macam mak lampir... nur pun takde...

acik2 porum tengok pun berjemaah deorang call imam masjid sg besi nak suruh halau mak lampir tu dari jadi juri...

kalau dalam drama siri misteri gunung merapi tu tak pasal2 kena minta bantuan wali songo untuk hapuskan si mak lampir ni... bukan calang2 yach... kena cari ranting delima dara... lepastu buluh runcing... lepastu ada adegan terbang2 nak melawan mak lampir... kena pisahkan kepala dari badan sejauh 7 sungai supaya dia tak hidup balik..

satu keje pulak kena beli tiket airasia untuk tanam jauh2... nak tunggu promo free seat takut bercantum hidup balik...
Quote dani-rox 30-1-2023 06:06 PM
Saya mengenali Mas Idayu sebagai seorang berhati mulia, dia memang orang yang baik. Mungkin karakternya sedikit berbeza mengikut keadaan.

"Saya menghormati Mas Idayu lebih-lebih lagi dengan pengalaman dan ilmu yang dia miliki. Bukan calang-calang orangnya, saya pun tak boleh menyanyi dandgut sebaik dia


Quote lightheaded67 30-1-2023 06:11 PM
walawey dh ropa kesah rumahtangga, kita jenuh kutok hamput ujung2 deme comolot hohoho tp mmg gitu lah, perasaan ni tukar2 hrini disembah esok kena ludah eh tahun depan kena dukung pulak. sbb tu lah kalo ape2 isu naik kita tetap joyah, tp dlm hati kita ckp siap2, watever.. kohkoh
Quote sleepandream 30-1-2023 06:34 PM
berapa banyak pertandingan menyanyi ko masuk pun tetap org kenal ko sbb kene hamput dgn nenek kebayan tu... mcm si baby shima.... better la ko amik job lain jah selain menyanyi
Quote Hoola 30-1-2023 06:51 PM
so dh x merajuk dh ke dek non?
ramai artis senior backup hang.. huntunglahhhh

so jadi tak juai album?
Quote sayangselasih 30-1-2023 07:02 PM
Hoola replied at 30-1-2023 06:51 PM
so dh x merajuk dh ke dek non?
ramai artis senior backup hang.. huntunglahhhh


dah sold out dah aritu nyah katanya
Quote rayna_raynes 30-1-2023 07:04 PM
sayangselasih replied at 30-1-2023 07:02 PM
dah sold out dah aritu nyah katanya

bukan balik modal pun

Quote habisnamadahni 30-1-2023 08:58 PM
dia ada lagu yg hit ke ..jd pengacara je la dik non
Quote Piramida 30-1-2023 09:08 PM
dudaberhias replied at 30-1-2023 06:00 PM
mulia celah mana? rhoperr pun macam mak lampir... nur pun takde...

acik2 porum tengok pun berjemaah ...

Hahaha jauh pergi nya kak ..lawak.
Quote timah03 30-1-2023 10:30 PM
dani-rox replied at 30-1-2023 06:06 PM

So, sblm ni di layan baik... Tapi bila tertiba kena marah, sentap...?
Quote Labubabibu 31-1-2023 12:06 AM
Habis bercakaran netizen sbb korang.. Last2 camni je? Buang masa bettholl
Quote rosedemon 31-1-2023 08:46 AM
cantik si sissy ni. mslahnya nape ko pilih nama sissy dah cam pondan je
Quote supernaturalee 31-1-2023 09:14 AM
rosedemon replied at 31-1-2023 08:46 AM
cantik si sissy ni. mslahnya nape ko pilih nama sissy dah cam pondan je

sissy the pussy mussy weewee



Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 10:42 AM
ok next.......

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.192341 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top