CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pakai Sedondon Hitam Dan Kuning, Shuib Dan Watie Dating

30-1-2023 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4989| Komen: 25

Kehadiran penyampai radio dan pelawak Shuib bersama wanita yang sedang dikenalinya, Watie Hanifiah pada 25 Years Lah Ahmad Live in Concert di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC), semalam mencuri perhatian ramai.


Pasangan itu tampil berpakaian sedondon serba hitam dan kuning.




Kehadiran Shuib mula menjadi perhatian apabila Lah mendendangkan lagu Adinda sambil beramah mesra dengan penonton yang hadir.

Malah, Watie juga turut memuat naik video di Instagram Story sebagai tanda sokongan kepada bekas anggota kumpulan V.E. itu.




Perkongsian yang dimuat naik oleh Watie itu turut memperlihatkan bahagian sisi wajah Shuib yang duduk di sebelahnya.

Terdahulu, hubungan Shuib hangat kembali apabila Watie turut berada di sebuah restoran ketika makan malam bersama anak-anaknya berdasarkan gambar dimuat naik.



Bagaimanapun Shuib menafikan bakal mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Mac hadapan. 

Malah, Shuib menegaskan enggan membelakangi keluarganya dalam sebarang keputusan yang diambil.

Sementara itu, penyanyi, Lah Ahmad menitiskan air mata ketika mempersembahkan lagu Di Pintu Syurga tatkala menyempurnakan segmen penghormatan (tribute) untuk dua sahabat seperjuangannya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin dan Allahyarhamah Adibah Noor.

"Sarah adalah antara sahabat seperjuangan saya yang bersama-sama naik dalam industri. 

"Antara kenangan yang paling saya ingati adalah, ketika dia berkongsi bagaimana suaminya, Shuib menguratnya menggunakan lagu Ayu," kata Lah.

Selain tampil solo mempersembahkan lagu-lagu popularnya, Lah juga turut bergabung bersama kumpulan nasyid Inteam, menerusi lagu popular mereka, Kasih Kekasih dan Shazzy menerusi lagu Kenapa.

Kehadiran Aina Abdul menyampaikan lagu duet Tunggu Kamu bersama Lah turut menjadi kemuncak konsert berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 30-1-2023 04:27 PM
Nak gelak pulak rasa
Mesti time Lah sebut pasal arwah Sarah tu watitek rasa macam nk masuk gua
Siap cerita pasal Shuib ngorat arwah lak tu
Quote dewi_rina 30-1-2023 04:30 PM
Kawin cepat la soeb, adoi rupa pun takde cerita je banyak
Quote Suchi 30-1-2023 04:33 PM
Mcm tu je pakai g konsert
Quote dudaberhias 30-1-2023 04:35 PM
takde sape tanya pakai sedondon ke tidak... lagipun dah basi dah pun kapel ni...

pakej tak herlok pulak tu lagi lah acik2 forum semua tak heran... baik buka pasal ira zakar ataupun ira zakar 2.0 (sopeah al kopek bah)... berderet2 komen nanti...
Quote awex^returns 30-1-2023 04:43 PM
Lantaklah nak sedondon ke berdondon dondon
Bagi je lah Soeb nak sangat watitek tu
Bosan baca gossip dia ni
Quote duradanis 30-1-2023 04:43 PM
happy nya depa ............
Quote bambimbom 30-1-2023 04:46 PM
Lah tu smpi tak boleh nyanyi teringat kan arwah Sarah dgn kak dib.. si shuib boleh pulak bwk gf baru.. alahai..

Kapel sangkak ni mmg jenis nak menayang dorg dating kat konsert ke ape? Mane2 konsert.. tselit aje cite dorg bdua ni, beli tiket ke tu? Ke dtg atas slot kwn2 aje?
Quote tintin22 30-1-2023 04:48 PM
Quote DianaSaksen 30-1-2023 08:21 PM
Acik forum kenapa benci sangat ngan soeb ni ? Biarlah dia nak kawin plus dia pilih yg baya2x dia bukan yg muda belasan tahun
Tu yg aku respek
Quote ..maksu 30-1-2023 08:44 PM
Lah. kawen jelah. semak aku baca. yang si watitek try hard nak bagi ummah sekalian tahu soeb tu bf dia.
Quote xixin5230 30-1-2023 08:47 PM
Kawen je la..x abis2 pasal kawen dpd sarah meninggal…
Quote epal_putih 30-1-2023 08:52 PM
Hahahaha
Jgn marketing udah la ya ib
Quote sakurazura 30-1-2023 08:56 PM
Kalau shoeb ni tak kaya wati nak tak kat dia macam mana arwah sara terima shoeb seadanya?
Quote puanserama 30-1-2023 08:59 PM
DianaSaksen replied at 30-1-2023 08:21 PM
Acik forum kenapa benci sangat ngan soeb ni ? Biarlah dia nak kawin plus dia pilih yg baya2x dia buk ...

Bkn benci. Ceritera nya byk sgt, dah la xbrp sedap mata memandang. Nak kawin, kawin je.
Quote habisnamadahni 30-1-2023 09:00 PM
sakurazura: Kalau shoeb ni tak kaya wati n ...
tertanya tanya jgkk
Quote baby_bro85 30-1-2023 09:01 PM
Beza laki dgn pompuan.. BCL belum dpt pengganti soeb dah dpt... hehehe
Quote rosedemon 31-1-2023 08:44 AM
watitek ni cam rina harun. lemas la soeb dlm tu
Quote mizruncing 31-1-2023 10:23 AM
eeii nyampah aku. ingat dah clash. cari la lain soeb oiiii. kau ade 4 anak kot. dgn background wati tu yg ntah pape dlu. beza btol ngan mak kandung dorang. ehh dulu bukan kata tak pernah keluar berdua ke? ni keluar berdua kan. x nampak pn mak ke anak2 ikut
Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 10:37 AM

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039848 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top