CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

IG Dan TikTok Sophia Albarakbah Diserang! Netizen Pesan Jangan Kacau Suami Orang!

30-1-2023 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17093| Komen: 195

Akaun Instagram dan TikTok aktres meningkat naik, Sophia AlBarakbah tiba-tiba dibanjiri komen netizen yang mengecamnya kerana didakwa sebagai ‘wanita penyondol’ dalam rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah.


Perkara tersebut tercetus selepas Bella mendedahkan seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya dalam sebuah drama mengakui menyukai Aliff secara terbuka kepadanya.

Foto: IG

Rata-rata netizen meninggalkan komen dengan menasihatkan Sophia tidak meneruskan niat untuk menjadi pemusnah rumah tangga orang lain.

“Pesan saya, awak baru hendak naik dalam industri dan ramai lagi lelaki yang menunggu di luar sana.

“Bergelar pelakon sahajalah, jangan menjadi penyondol pula. Tolong jangan jadi penyondol, saya suka awak berlakon,” komen netizen.



Pelakon berusia 30 tahun itu bagaimanapun tidak membalas mana-mana komen dan mengambil pendekatan berdiam diri.

Sementara itu, video promosi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonannya dengan Aliff yang dimuat naik dalam Instagram sebelum ini juga telah dipadam.



Sebelum ini Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai Aliff selepas mereka bergandingan dalam sebuah drama.

Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan aktres tersebut menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang.

Sejak beberapa minggu lalu, Bella yang juga peserta program Famili Duo beberapa kali berkongsi mengenai wanita perampas dalam media sosial miliknya sekali gus memberi bayangan rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga.


Kontroversi sebegini bukan pertama kali melanda pasangan suami isteri itu kerana sebelum ini Aliff pernah terkait dengan isu curang bersama beberapa aktres wanita.

Bella juga pernah memfailkan perceraian pada Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.


Sekadar info, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gorjeous 30-1-2023 02:37 PM
emmm tak perlu kata apa-apa... ha ha ha
Quote SisLena 30-1-2023 02:38 PM
Wow sejuta kali lawa dr bella.haha..tp dia ni bkn ke org ckp dah ade bf
Quote Burong_Hantuk 30-1-2023 02:40 PM
good job netizen.....
Quote hareeeesah 30-1-2023 02:41 PM
Cantik juga.. jgn dressing org tua pls muka dh elok muda lg cari la anak menteri ke politician businessmen ke tibeeehh
Quote lovelytouch 30-1-2023 02:46 PM
Sophia ni cantik yacchh ketegori ayu jelita gituuu lakonan pun bagus ala2 next nasha aziz kalau dpt kat rashid sibir
Quote esbok 30-1-2023 02:55 PM
make up tebal benar, kalau muka sedia elok ni, tka yah tetebal make up calit sikit2 ja
Quote dewi_rina 30-1-2023 03:16 PM
cantik la dia ni, takyah filter sangat pun dah lawa.. tinggi pulak tu
Quote irish_ieka 30-1-2023 03:22 PM
lawa betholll die ni. kalau cmni netizen approved. pttlah bella cuak kihkih
Quote prizadane 30-1-2023 03:25 PM
Alah, minah ni bukan nak jadi penyondol pun rasanya. More to having fun je dgn AA. Setakat geli geli, skandal. Dah touch, dah fun, dia tinggalkan je AA. Cuma dia ni tak bijak la walaupun cantik. Sebab tu tak famous mana pun sebab tak bijak
Quote prince_marhaen 30-1-2023 03:33 PM
muka cam chinadoll camni takdenya nak sondol sampai kawin ngan Alep Cendawan Enoki Putik Jagung tu... ramai lagi sponser yang ciknek padu dia boleh dapat...tapi tu lah bodoh....putik jagung jugak dia nak... kalau tak melayan sama rasanya dia pun bolayan je putik jagung tu.. tapi of course orang tak salahkan putik jagung sebab selalu keluar tabligh kan.....si bodoh bella tu pun percaya la cakap laki walaupun dah banyak kali kena auta...... padan muka butooooo~~~
Quote LembingDayanti 30-1-2023 03:39 PM
cur rupanya. dia dah ada duit so dia nak laki sedap je. tu dia try alip
Quote dudaberhias 30-1-2023 03:41 PM
berapa hari agak2nya di serang ni???

sebab herlokk kan... confirm lepas beberapa minggu semua pakat maafkan berjemaah

kecuali kalau rhoper macam saka persis si tomyam... rupa2 hantu yang imam masjid sg besi pun tak mampu nak halau...
Quote babelina 30-1-2023 03:41 PM
agknya nk merasa sekali pn jadila.. hahaha..
Quote Kampungpeoplesz 30-1-2023 03:42 PM
Sopeah oi dari ko goda si alip yg xde ape tu baik ko gi goda si soley soley tu..yg ni confirm netizen x kecam ko. Rakyat msia mmg tgh mendoakan moga IK dapat madu dalam waktu terdekat ni..sila silakan lah~
Quote ayukpingu 30-1-2023 03:44 PM
adan uke...bak kata nabila...kau nak jadi pelakon ke pelacurr??
Quote DeLuna85 30-1-2023 03:58 PM
ayukpingu replied at 30-1-2023 03:44 PM
adan uke...bak kata nabila...kau nak jadi pelakon ke pelacurr??

One night stand. Dia nak rasa betul ke putik jagung je.
Quote lasagna 30-1-2023 04:02 PM
ptt ler bella tergugat, minah ni lagi cun wehh hahahaa..
Quote duradanis 30-1-2023 04:04 PM
bila dah scroll2 tengok dia ni, aku rasa biasa je. tak ada cantik mana
Quote haruslah 30-1-2023 04:05 PM
Jgn sampai jantans malaysia backup alip ajis

Lihat semua komen(195)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038128 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top