Fasa awal sesebuah perkahwinan ada kalanya diuji dengan kepercayaan yang rapuh terhadap pasangan. Kisah lalu juga menjadi faktor kerana ia boleh menghantui hubungan pasangan suami isteri yang baru dijalinkan.
Begitulah luahan tanpa nama seorang wanita di Twitter apabila suaminya dilihat masih menyimpan perasaan terhadap bekas kekasih. Wanita tersebut pernah bertanyakan kepada suaminya mengenai perihal itu dan jawapan yang diterima adalah mereka hanya berkawan biasa. Wanita tersebut memaklumkan bekas kekasih itu merupakan cinta pertama suaminya dan mereka menjalinkan hubungan percintaan selama hampir enam tahun. Runsing dengan situasi yang dihadapinya, wanita itu meminta pendapat warga maya cara yang terbaik untuk menangani isu rumah tangga tersebut. "Saya nak tanya, normal ke suami berhubungan dengan bekas kekasih dan anggap macam kawan biasa? Dan kenapa kena simpan gambar bekas kekasih lagi? "Sekarang ni saya rasa cemburu dan was-was dengan suami saya sendiri," kata wanita itu meminta pandangan. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berpendapat perkara itu boleh membawa kepada kecurangan dalam rumah tangga mereka. "Senang cerita, lelaki begini memang tak boleh nak lupakan cinta pertama dia. Kalau sekadar simpan memori lama, itu biasa. "Tapi kalau masih berhubung, nasihat la dia untuk jaga batasan. Asalkan jangan provoke tuduh dia curang. "Kalau tak boleh move on lagi jangan la kahwin dengan orang lain, buat seksa je," kata sebahagian warga maya. Sumber: mStar
|
hareeeesah replied at 30-1-2023 05:12 PM
Netizen yg comment mayhaps tu campur maybe & perhaps ke?
green~tea replied at 30-1-2023 05:21 PM
Mishaps pun buleh hahahaha
ADVERTISEMENT