CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Peliharaan Kongsi Maklumat Kad Kredit Pemilik, Siap 'Online Shopping' Lagi!

30-1-2023 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 846| Komen: 2

Seekor ikan peliharaan di Jepun membuat pembelian online dan berkongsi maklumat kad kredit pemiliknya semasa bermain permainan video, lapor akhbar New York Post.

Pesohor YouTube Jepun, Mutekimaru atau maurice telah mencipta saluran yang menampilkan ikan laga Siamnya bermain permainan video Pokemon pada konsol permainan Nintendo Switch.



Pergerakan ikan itu dirakam menggunakan kamera web. - Mutekimaru Channel/YouTube

Bagaimanapun, satu kerosakan berlaku semasa permainan baru-baru ini yang menyebabkan peranti itu memaparkan skrin utama. 

Pergerakan ikan itu kemudian menyebabkan ia membuka laman Nintendo eShop pada skrin dan membelanjakan wang Maurice sebanyak AS$4 (RM16) untuk membeli mata permainan.

Ikan itu turut mendedahkan maklumat kad kredit pemiliknya semasa penstriman langsung.

Bukan itu sahaja, ia malah memuat turun aplikasi, membelanjakan wang ganjaran untuk watak baharu dan meminta syarikat pembayaran dalam talian, PayPal untuk e-mel pengesahan.




Ikan kecil itu juga berjaya menukar nama akaun Maurice daripada ‘Mutekimaru’ kepada ‘ROWAWAWAWA’. 

Maurice melakukan demikian dengan memetakan dan melengkapkan akuarium yang  menempatkan ikan itu dengan sensor pergerakan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 30-1-2023 05:58 PM


ok yang ni sumpah lawak
Quote JunkMail 30-1-2023 06:05 PM

Kahkahkahkah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.093672 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top