CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Akan Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Fitnah' - Fahmi Nafi Arah RTM 'Gam' 3 MB PN

30-1-2023 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 783| Komen: 1

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan sebuah hantaran tular yang mendakwa beliau mengarah sebuah organisasi media tempatan untuk ‘gam’ sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN).



FB

Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan hantaran tersebut di media sosial.

“Fitnah. Saya akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah ini,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Sabtu.



Pada Sabtu, tular sebuah hantaran yang mendakwa bahawa Fahmi mengarahkan sebuah organisasi media tempatan supaya tidak menyiarkan sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar daripada PN.

Hantaran tersebut turut mendakwa tindakan ‘gam’ individu-individu tersebut berikutan tindak balas terhadap kelantangan Menteri Besar Kedah yang mengkritik Fahmi dan menteri.


Twitter

Selain itu, hantaran itu juga mendakwa wartawan-wartawan untuk media organisasi berkenaan dibenarkan membuat liputan terhadap ketiga-tiga Menteri Besar terbabit namun bahan berita tersebut tidak disiarkan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 2-2-2023 09:47 PM
Pahmi x mo saman tb3suku yg tisp2 mlm pitebah nuart, pkr & dapig sbln pru aritu ke? Cek le balik playback cmne tb3suku kaw2 hentam nuart & the gang

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.142141 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top