CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Kesampaian Kakak Nak Belanja Adik Donut, Dua-Dua Maut Motor Langgar Pokok

30-1-2023 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1113| Komen: 7

JASIN – Hasrat seorang kakak yang ingin membelanja adik lelakinya donut akhirnya tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam nahas motosikal di Jalan Ayer Keroh-Gapam, di sini, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Nurul Faqihah Ramli, 21, dan Hijjaz Kasturi, 19, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, kemalangan berlaku ketika dua beradik itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke Ayer Keroh.


Foto: Kosmo

Katanya, setiba di lokasi motosikal mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok.

“Akibat kemalangan itu, penunggang lelaki telah terhumban masuk ke dalam longkang, manakala pembonceng yang merupakan kakaknya tercampak ke tengah jalan.


“Saksi kejadian mendakwa ada sebuah motosikal lain yang datang kemudian gagal mengelak mangsa wanita terbabit dan telah melanggarnya, namun tidak melihat impak awal (first impact) ketika kemalangan berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, difahamkan dua beradik itu dalam perjalanan membeli donat di Petronas di Ayer Keroh berkenaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 30-1-2023 11:35 AM
Sedihnya
Quote hareeeesah 30-1-2023 12:00 PM
Takziah buat keluarga mangsa.. dua ² pegi sekali
Quote stroberi_80 30-1-2023 12:17 PM
Innalillahi wainna ilahi rojiun.
Quote airfilterkotor 30-1-2023 01:03 PM
Takziah buat keluarga mangsa.

Rim halus... tayar pun halus... swing arm panjang. Fork tatau turun ke tidak tu.
Kebarangkalian utk hilang kawalan jika kecemasan sangatlah tinggi.

Quote rogayahtop 30-1-2023 08:13 PM
al fatihah.
Quote imransulaiman 30-1-2023 09:18 PM
Al fatihah...

Pakai helem ke tak?
Quote rosedemon 31-1-2023 08:26 AM
sian xpe nnt knduri mtk tlg sdekah donut ya. sbgai simbolik

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.043345 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top