CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Muda 3 Anak Buntu Tak Ada Kerja Tetap, Kena Tanggung Mak Ayah Dan 7 Adik

30-1-2023 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6823| Komen: 152

Tanggungjawabnya sebagai anak sulung membuatkan Che Norazimah Mohd. Radzi, 27, sentiasa berusaha mencari pekerjaan bagi menyara 12 ahli keluarga lain yang tinggal bersama di Kampung Sungai Pasir Luar, Terap di sini.


Bagaimanapun, sehingga kini, ibu kepada tiga orang anak berusia antara enam bulan hingga tujuh tahun itu masih belum mendapatkan pekerjaan tetap membuatkan dia buntu dalam memastikan setiap hari ada hidangan buat semua.

Menurut Che Norazimah, selain mereka empat beranak, rumah itu turut didiami ibu bapanya, Mohd. Radzi Sulung, 54, dan ibunya, Che Yati Che Jan, 47, serta tujuh adiknya berusia setahun dua bulan hingga 21 tahun. Suami Che Norazimah kini bekerja sambilan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Foto: Kosmo

“Sebelum ini saya bekerja di sebuah kedai makan di Sungai Kob, namun terpaksa berhenti kerana anak bongsu sering sakit. Bapa pula ambil upah mengait buah kelapa dan melakukan kerja kampung dibantu tiga adik lelaki dengan pendapatan kurang RM500,” katanya.


Tambahnya, kehidupan mereka 13 orang bergantung kepada bantuan kewangan RM700 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sementara rumah yang kami tinggal ini juga sumbangan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

“Apa yang ada di dapur itulah yang menjadi makanan kami sekeluarga,” jelasnya sebak.

Katanya, proses mencari kerja semakin sukar apabila mereka hanya mempunyai dua buah motosikal lama dan kenderaan itu digunakan bapa untuk bekerja dan sebuah lagi untuk menghantar serta mengambil mereka yang bersekolah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Che Norazimah di talian 017-5894872 atau melalui akaun bank Maybank 158211787180. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 30-1-2023 11:21 AM
Nenek pung....siap beranak.lagi..
Quote uda 30-1-2023 11:24 AM
pak sedara dan anak sedar umur dekat2.

Dah tak terkomen. Lost of words
Quote Weller 30-1-2023 11:26 AM
and the cycle continues...
Quote monreyes 30-1-2023 11:30 AM
oooo dah bersedap2an suruh org setel masalah ko..manyak cantik
Quote mojarean_X 30-1-2023 11:32 AM
Semoga ada kalangan ahli keluarga ini yg mampu memecahkan cycle ini dan memberi mereka kehidupan yg lebih baik
Quote jari10 30-1-2023 11:35 AM
Nenek pun..atok pun sma. Sudah2lah tu….berderet2 anak pastu bagi anak sulung sama menanggung ke?
Quote supernaturalee 30-1-2023 11:39 AM
rumah itu turut didiami ibu bapanya, Mohd. Radzi Sulung, 54, dan ibunya, Che Yati Che Jan, 47, serta tujuh adiknya berusia setahun dua bulan hingga 21 tahun. Suami Che Norazimah kini bekerja sambilan di Seberang Perai, Pulau Pinang.






Quote kotakominami 30-1-2023 11:40 AM
Org kaya pon anak sorang dua jer....ni korang dah tau makan bercatu anak sampai 7 org buat ape....tak leh brain la org camni...ko ckp ape pon ade je alasan dia..dia tak pk ker bila dia takleh nak siapkan kelengkapan makan minum anak bila susah 24 jam lama2 anak dia pon tension pastu ambik dadahla masalah mental lah...tak pasal2 adik beradik lain kena menanggung.....
Quote prettyuglybabe 30-1-2023 11:40 AM
bapaknya kerja apa?
dah kata ada motor bapak guna gi kerja..
ini contoh mak bapak tak guna tau membiak je..
pastu hempuk kat anak semua tanggungjawab mereka..
yang dorang wariskan hanya kemiskinan kat anak..
Quote margo20 30-1-2023 11:45 AM
Dh tau ade adik kecik blah jela duk umah lain ni nak kena bela semua pulak hmmm aku rasa petrol pam pun ade je keje kosong bole dpt min 1500
Quote elnor_81 30-1-2023 11:49 AM
Bapak muda lg tu. 54. Blh je cari keje ringan. Yg mak pun gigih beranak lg.
Quote Prickford 30-1-2023 11:53 AM
Betul la apa org cakap, beranak ni jgn asik kira "dah rezeki" sedangkan kau sendiri tak mampu memberikan yg terbaik kepada anak2. At the moment kau beranak anak ke-2, ke-3 ada pikir tak tentang kewangan, tentang masa depan?? Masuk anak ke-5, ke-6 apa agaknya parents dia pikir??
Quote syamzana 30-1-2023 11:53 AM
ape ni??????
Quote bondeh 30-1-2023 11:57 AM
Manusia yang suka membiak nih tak terfikir ke nak stop dari terus membiak pastu ko dah membiak sampai tak terkawal minta orang lain pulak yg kena fikirkan masalah pembiakan ko nih. Oh lupa spesis camnih berpegang teguh dengan moto "anak itu rezeki" tapi kalau tak usaha, sejenis menadah bantuan je, sejenis berfikiran "oh takpe boleh minta bantuan kewangan". Kahwin minta bantuan Baitulmal, membiak infinity masuk Bersamamu. Manusia haprak!
Quote supernaturalee 30-1-2023 11:58 AM
elnor_81 replied at 30-1-2023 11:49 AM
Bapak muda lg tu. 54. Blh je cari keje ringan. Yg mak pun gigih beranak lg.

x baik salah kan mak je
salah bapak jgk kenapa x pakai kondom
kt kk rsnya blh dpt free
size rasanya free size




Quote prince_marhaen 30-1-2023 12:02 PM
Masa banyak habis dok beromen daripada kerja carik duit....romen banyak2 dapat RM700 sebulan...banyak tuuuu... senang ye orang macam ni.. hidup mati ingat kongkek je.. kerja susah sikit kata sakit lah tua lah... kongkek banyak-banyak boleh pulak..
Quote nazzse 30-1-2023 12:12 PM
Speechless aku baca ni dkt paper. Dah agak mesti kena kutuk klu masuk forum. Aku salahkan mak bapak tak reti nak stop beranak, last2 anak sulung yg kena tanggung, maybe sbb tu jgk laki sheols tak duduk sekali. Banyak cantik ko yg beranak ramai org lain yg kena tanggung
Quote monreyes 30-1-2023 12:16 PM
masa blom mengandung tu xde terpikir ke mana dtg duit nak bagi anak2 mkn..kalau masa tu pun dah sendu...tambah lagi sorang x ke bertambah sendu
Quote misc 30-1-2023 12:19 PM
Speechless dgn masalah dorang ni.

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.040155 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top