CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Marah Tak Dapat Tepi Kek Percuma- Buat Provokasi, Ugut Tak Nak Beli Lagi

30-1-2023 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1476| Komen: 5

Gara-gara tidak mendapat ‘tepi kek’ (lebihan pada kek) secara percuma, seorang pelanggan cuba membuat provokasi kepada peniaga di media sosial.

Menurut pelanggan, peniaga tersebut tidak menepati janji kerana tidak memberi ‘sample’ kek mahupun ‘tepi kek’ seperti yang dijanjikan kepadanya.


Bagaimanapun, peniaga yang dikenali sebagai Amenda Leckers menafikan pihaknnya tidak menepati janji seperti dakwaan pelanggan tersebut.


Gambar Hiasan

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Amenda Leckers berkata, ‘sample’ atau tepi kek percuma itu hanya diberikan pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.

“Ade je yang cuba datang awal nak mintak tepi kek itu memang saya tak bagi sebab dah janji nak bagi pada tarikh yang dijanjikan. Kalau saya bagi sebelum tarikh yang dijanjikan kesian pada yang beratur untuk dapatkan tepi kek itu.

“Tetapi ada juga yang tidak dapat tepi kek sampai nak ‘provoke’ pekerja kedai ini. Tolonglah bertamadun, anggap jelah kalau tarikh tu tak dapat bukan rezeki.


“Kadang ada juga yang mesej kata malulah nak beratur setakat nak tepi kek. Kalau malu jangan ambil, senang, tak ada saya nak bagi ikut pintu belakang,” tulisnya.




Susulan perkongsian tersebut rata-rata netizen kecewa dengan tindakan pelanggan tersebut yang cuba mencetus provokasi dengan perkara remeh.

“Pada saya tak perlu marah pada tuan punya kek, dia nak bagi je pun, ada lebih nak buanG sayang. Ada rezeki dapatlah merasa tak perlu marah macam tak pernah makan kek,” tulis Saleha Abdullah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nurul Shazrina Nuryana Jainuddin.

“Macam-macam perangai manusia sekarang, tepi kek pun nak provoke, betullah sesetengah manusia tak pernah bersyukur,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 30-1-2023 11:10 AM
Thread apa ni?
Quote prettyuglybabe 30-1-2023 01:27 PM
nak cukupkan kouta..
cerita fb pun boleh la masuk forum..
Quote orangbiasaje 30-1-2023 02:27 PM
Tepi kek tu apa ya...sepanjang sis hidup tak pernah lak dengar psl tepi kek
Quote rogayahtop 30-1-2023 08:11 PM
spesis free gift ni bersepah2 kat shopee. tak dpt pree gift 1 star.

Quote rosedemon 31-1-2023 08:24 AM
apa tepi kek? xpenah dgr pon aku. itu pon kome hadap ke nak makan. apoo

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050115 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top