CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengamuk Di Masjid Maut Dibelasah Sekumpulan Pelajar Tahfiz

30-1-2023 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1598| Komen: 12

Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental maut dibelasah beberapa pelajar tahfiz selepas mengamuk di pekarangan sebuah masjid di Pulau Melaka, Kota Bharu petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku selepas mangsa berusia  lingkungan 20-an dikatakan secara tiba-tiba memukul seorang wanita yang berada di kawasan masjid tersebut.



TRAK polis membawa mayat mangsa untuk bedah siasat di salah sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI

Saksi kejadian, Tuan Hasrol Tuan Hassan, 42, berkata, mangsa pada awalnya dilihat menunaikan solat asar seorang diri di masjid itu sebelum dia tiba-tiba mengamuk dan keluar dari kawasan tersebut.

Menurutnya, lelaki itu dilihat terus meluru ke arah seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang merupakan tukang masak di sebuah asrama berhampiran masjid berkenaan.


“Wanita itu sedang menolak motosikalnya di pekarangan masjid untuk pulang ke rumah. Lelaki tersebut dilihat bertindak memukul wanita itu yang kemudiannya sempat melarikan diri ke dalam masjid.

“Beberapa pelajar tahfiz yang menyedari kejadian itu terus memberi bantuan kepada wanita terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini sebentar tadi.

Tuan Hasrol, bagaimanapun memberitahu, mangsa dipercayai tidak sedarkan diri apabila dipukul beberapa pelajar tahfiz sebelum pihak pengurusan masjid menghubungi pihak polis.

Katanya, difahamkan, lelaki terbabit sudah mengamuk di sebuah madrasah Kedai Lalat di sini ketika jemaah sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat zohor petang tadi.

Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 30-1-2023 11:25 AM
Hah menjawab lah hangpa esok dalam lokap
Quote s@s@ 30-1-2023 11:37 AM
masalah mental ke ice?
Quote toynme 30-1-2023 11:47 AM
kat situ bnyk tahfiz...madrasah arwah Nik Aziz pun kat situ jgk
Quote makadek 30-1-2023 11:47 AM
Bebudak tahfiz pun budak degil2 mmg sdp la lepas geram
Quote makadek 30-1-2023 11:48 AM
Budak2 tafhiz pondok dgn budak2 tahfiz sekolah aliran sekolah kpm tak sama
Yg tahfiz pondok makpak antar sbb nk betulkan perangai
Quote caca_eric 30-1-2023 12:44 PM
Patutnya cepat2 carik tali ikat
Ni belasah sampai mati..
ada pegang senjata ke lelaki gila tu?
Quote Decaffeinated 30-1-2023 01:35 PM
Tahfiz ni pun cara didikan keras. Tak terkejut kalau bebudak ni memang tunggu outlet untuk vent out. Bak kata acik porum, tempat ternak terrorist.

Tutup ja lah tahfiz2 ni. Takde siapa yang untung pun.
Quote dudaberhias 30-1-2023 05:42 PM
lelaki tu betul ke mental?
ke sebab mendadih? kat sana ni kalau mental jarang sekali betul2 sakit mental... semua mendadih dan kaki pil kuda tu yang weng... nak order pun jerit kot pagar je di tumpat tu... lepastu supplier lontar jah plastik dari seberang sungai kena kepala kau... bayar ansur2 gittewww... tak bayar kena la culik nanti macam cikki agen kosmetik tu...
Quote rogayahtop 30-1-2023 07:52 PM
al fatihah. sempat jugak solat dalam mental bercelaru.

yg membunuh tu tak mental tapi membunuh orang.

so sapa yg mati masuk neraka ?
Quote namr 30-1-2023 07:54 PM
budak2 ni dah kenapa bedal sampai mati org tu..ko buh sikit2 sudah lah dekk, dah masuk jel pulak
Quote mama_cat 30-1-2023 08:17 PM
dudaberhias replied at 30-1-2023 05:42 PM
lelaki tu betul ke mental?
ke sebab mendadih? kat sana ni kalau mental jarang sekali betul2 sakit me ...

mcm budak operator tempat iols sorang, asal dpt gaji, weekend tu mesti balik tumpat.. mmg dia tak tggu... kalau shift pagi, selalu lambat, mengntuk, kalau shift malam ja cardas.. kdg cakap merepek.. mmg kitaorg syak amek benda, tapi kilang kecik, hr malas nk suruh drug test bagai..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.043060 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top