Dengan gaya yang bersahaja, gadis berkenaan dilihat mudah menjawab soalan tersebut dengan memberi justifikasinya. "T20 sudah tentu la kaya. Tak kan nak hidup susah.
"Kita dah susah susah build up diri sendiri sampai la berkemampuan, tiba-tiba nak hidup susah dengan budak B40. Memang tidak la," katanya secara ringkas. Di ruangan komen, timbul pelbagai reaksi terhadap jawapan gadis itu, antaranya menghormati pilihan gadis berkenaan di atas kerja kerasnya selama ini. "Tak salah pun apa dia cakap sebenarnya. Kalau dia T20 dan dia nak laki T20, memang itu hak dia. Dalam bercinta ni memang kena cari yang sekufu. Salahnya kalau B40 tapi demand 'jantan' T20. "Saying this bukan bermaksud kau tak patut pilih lebih rendah pendapatan daripada kau. Itu namanya jodoh. Tapi pada aku jika kau dah berusaha keras untuk improve kerjaya dan ekonomi kau, kau berhak je nak pilih sekufu.
"Dah boleh stop kot kecam pilihan orang. Tak kira la lelaki ke perempuan. Dah itu hidup dia. Hak dia la nak cari yang macam mana. Takkan sebab kita susah, semua orang pun kena hidup susah," demikian antara komen netizen. Pada masa sama, ada yang berpendapat tidak bermakna pasangan pilihan seharusnya sekufu kerana ia bukan menjanjikan kebahagiaan apabila mendirikan rumah tangga. "Perspektif dia logik, keinginan dia tak salah, tapi bercakap tak ada adab. Tak kisahlah untuk content ke apa, tak payah mengajar attitude biadab. "Sejujurnya, aku tak pernah rasa malu untuk bergaul atau berkawan dengan budak miskin atau susah. Sebab dalam kesempitan hidup mereka, sedikit-sebanyak mereka mengajar aku untuk bersyukur dengan nikmat yang Tuhan kurniakan. "Tak semua macam tu, benda ni bukan ikut jantina. Ibu bapa saya tak la kaya tapi boleh kategori 'berada'. Abang kahwin dengan kakak ipar anak yatim hidup susah, kakak pula kahwin dengan lelaki kerja biasa je. Tapi kedua-duanya boleh hidup bahagia walaupun taraf hidup mereka tak sama," kata netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
prettyuglybabe replied at 30-1-2023 11:44 AM
betul la..
dah kalau dia dari golongan t20, jadah nak cari laki b40..
cinta bukan boleh beli beras p ...
ADVERTISEMENT