Seorang lelaki warga emas disahkan maut dipercayai kerana mengambil dos ubat kuat secara berlebihan. Kejadian cemas itu terjadi ketika mangsa berdua-duaan di bilik hotel bersama seorang pelacur yang dilanggannya.
Tribunnews melaporkan, mangsa yang berusia 70 tahun itu dikatakan membuat tempahan khidmat pelacur secara atas talian. Pada 25 Januari lalu, mangsa bersama wanita berkenaan telah bertemu di sebuah bilik hotel yang terletak di Jakarta Barat. Saksi iaitu petugas yang menjaga parkir hotel berkata dia melihat mangsa bersama seorang wanita berusia dalam lingkungan 35 tahun telah mendaftar masuk di hotel berkenaan. Difahamkan, sebelum melakukan hubungan intim, mangsa telah mengambil ubat kuat untuk membantunya mendapatkan tenaga. Namun tak lama kemudian mangsa dikatakan terbaring dan tidak sedarkan diri. Wanita berkenaan yang panik dengan situasi itu telah menjerit ketakutan dan berlari keluar dari bilik terbabit.
Mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan. -CARI
|
ADVERTISEMENT