CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik Kapal Terbang Tak Bayar Tambang, Lelaki Mati Di Roda Pesawat

30-1-2023 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1160| Komen: 7

Seorang penumpang haram ditemukan maut di bahagian roda pesawat yang berlepas dari Gambia ke Britain.

Jurucakap Kerajaan Gambia, Ebrima G Sankareh mengesahkan lelaki berkulit hitam yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan maut pada pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain, TUI Airways.


Katanya, pesawat itu dijadualkan berlepas dari Banjul ke Lapangan Terbang Gatwick di London, pada 5 Disember lalu.


Foto: reuters

"Kerajaan Gambia menerima maklumat mengenai kejadian minggu ini daripada Polis Metropolitan di Sussex, England.

"Menurut maklumat, lelaki berkulit hitam yang maut ditemukan dalam ruang roda pesawat tanpa dokumen pengenalan diri yang menyukarkan proses menentukan nama, umur, kewarganegaraan atau jadual perjalanan.

"Identitinya masih belum dikenal pasti," katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa Gambia sedang bekerjasama dengan polis Britain untuk menguruskan jasad lelaki itu.


"Mayat dibawa ke bilik mayat untuk ujian DNA dan siasatan sedang dijalankan," katanya.

Sementara itu, Felo Kanan Pusat Dasar New South, Rida Lyammouri berkata, kejadian seumpama itu walaupun jarang berlaku menunjukkan betapa terdesaknya segelintir individu untuk berhijrah sehingga mengambil pendekatan berisiko.

Kejadian individu menumpang secara haram dari Afrika ke Eropah melalui pesawat dan kapal banyak berlaku sebelum ini.

November lalu, tiga penumpang dari Nigeria ditemukan selamat di atas kemudi kapal di Kepulauan Canary selepas melalui pelayaran laut selama 11 hari. - CARI

Sumber: mStar/NDTV

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 30-1-2023 10:19 AM
Edited by mesmerize at 30-1-2023 10:20 AM

apakah yang kau pikirkan? dah sah2 ko akan kojol bila numpang kat tayar ketebang dek kerana tekanan udara dan suhu berbeza dari permukaan bumi
Quote zuuu 30-1-2023 05:01 PM
Ko ingat ko ethan hunt ke???adoi x pasal mati ngan cara ngeri camni
Quote rosedemon 31-1-2023 08:20 AM
bodoh. mmg ptot mati tak yah membiak
Quote wirazam 31-1-2023 08:26 AM
mesmerize replied at 30-1-2023 10:19 AM
apakah yang kau pikirkan? dah sah2 ko akan kojol bila numpang kat tayar ketebang dek kerana tekanan  ...

Dulu dulu mcm terbaca juga kes yg serupa tapi berlaku kat tanahair kan? Masa tu kecik lagi dan terbaca dlm sokhabar..
Quote Simunggu 31-1-2023 08:51 AM
mcm mana ya org terjun parashoot dari paras 25K kaki tu...dlm movie tu ya
Quote kelana36 31-1-2023 09:23 AM
nak selamat untuk menyeludup keluar lain kali masuk dalam container jer macam budak bangla tu..
Quote SiMontel 31-1-2023 01:51 PM
aku rasa dia terpengaruh dgn movie la, sebab dlm movie, masuk kot celah mana pun selamat mendarat...tu yg ingat kalau sembunyi kat ruang roda ,tu dia ada harapan pegi negara lain...

sian..terus pegi ke dunia lain nampaknya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.120719 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top