Tindakan berani penyanyi Masya Masyitah mencuba beberapa hidangan mentah ketika bercuti di Bangkok, Thailand diselar netizen yang menganggap dia kurang faham tentang pemahanan tentang hukum agama.
Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 23, menerima kecaman itu apabila dilihat berselera menikmati juadah sotong dan udang yang masih hidup tanpa rasa ragu-ragu di sebuah pasar malam di negara berkenaan. Kata Masya, pada awalnya dia sendiri merasakan makanan tersebut seakan-akan mustahil untuk ditelan namun tidak menyangka dapat menikmatinya sehingga habis. "Ia kelihatan mustahil sehingga ia selesai," katanya menerusi perkongsian video di Instagram miliknya. Menerusi video tersebut, Masya dilihat menikmati sotong dan udang yang masih bergerak di dalam bekas makanannya dengan penuh berselera. Malah dia juga turut mengangguk-angguk sebagai tanda hidangan tersebut sesuai dengan cita rasanya.
|
MoonRise replied at 30-1-2023 11:09 AM
Geli la weh. Aku kepala sotong pon tak makan. Laki aku yg makan. Ni sekali kepala, gigi, isi perut.. ...
ADVERTISEMENT