Saudara Pengarang, Wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) penting untuk kegunaan selepas bersara kelak. Kita tidak tahu selama mana akan hidup selepas bersara nanti.
Wang penting selepas bersara supaya kita dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa mengharapkan bantuan serta menyusahkan orang sekeliling. Usia lanjut akan menyebabkan tahap kesihatan kita menurun. Penurunan ini akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Bagi merawati penyakit ini, kita memerlukan wang untuk melakukan proses rawatan. Usia yang lanjut juga akan menyukarkan proses carian kerja kerana tenaga semakin berkurangan. Ramai majikan di luar sana lebih gemar mendapatkan tenaga kerja dalam kalangan orang muda yang lebih sihat dan bertenaga. Oleh itu, penting supaya kita memiliki sumber kewangan yang benar-benar kukuh bagi menampung kehidupan kita selepas bersara.
Setiap orang perlu menyimpan sedikit wang bagi digunakan ketika ia diperlukan tanpa perlu menyentuh simpanan persaraan mereka. Orang ramai perlu belajar pengurusan kewangan bagi mengurus aspek kewangan harian mereka. Walaupun wang dijimat dan disimpan adalah sedikit, namun sekiranya ia dilakukan setiap masa, wang itu akan menjadi banyak. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Sikap menyimpan wang untuk kegunaan waktu kecemasan perlu disemai diwaktu kecil lagi. Generasi muda harus dilatih dari awal untuk menabung, mengamalkan sikap berjimat-cermat serta tidak membazir supaya mereka tidak menjadi kalam kabut dari sudut pengurusan kewangan apabila mereka menjadi dewasa kelak. Dr. Muzaffar Syah Mallow Profesor Madya, Fakulti Syariah & amp; Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia Sumber: Kosmo
|
talapia replied at 30-1-2023 02:26 AM
time muda ni.. sihat.. takde duit.. bawak2la grab ke.. food panda ke.. tenaga masih ada..
besok dah ...
rogayahtop replied at 30-1-2023 12:08 PM
sementara nak keluar epf umur 55 tu pinjamla duit along dulu ke pensyarah undang2 uni tempatan? so b ...
rogayahtop replied at 30-1-2023 08:08 PM
sementara nak keluar epf umur 55 tu pinjamla duit along dulu ke pensyarah undang2 uni tempatan? so b ...
talapia replied at 30-1-2023 10:26 AM
time muda ni.. sihat.. takde duit.. bawak2la grab ke.. food panda ke.. tenaga masih ada..
besok dah ...
asudau replied at 30-1-2023 10:34 AM
lama dah tak nampak acik2 beratur depan kedai emas...
aechae replied at 30-1-2023 10:54 PM
Emas naik hrga skang…harap2 bln puasa nnt turun hrga blk lh bru bleh serbu
asudau replied at 30-1-2023 10:34 AM
lama dah tak nampak acik2 beratur depan kedai emas...
ADVERTISEMENT