CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Kongsi Maklumat Sekatan Jalan Raya Di Waze, Polis Susah Buat Kerja Tangkap Pemandu Mabuk Dan Lain-Lain Kesalahan

30-1-2023 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 802| Komen: 5

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang awam untuk tidak berkongsi maklumat mengenai kehadiran polis atau sekatan jalan raya melalui aplikasi penunjuk arah Waze.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata tindakan berkongsi maklumat itu menyebabkan polis tidak dapat mengambil tindakan ke atas pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas seperti memandu di bawah pengaruh alkohol.


Jika tidak dibendung, kesalahan trafik itu boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain antaranya seperti melanggar lampu merah dan memandu melawan arus.


Foto: The Star

"Bagi individu yang tidak pernah terkesan dengan musibah diakibatkan oleh kecuaian dan kelalaian pesalah trafik ini, mereka tidak akan dapat merasakan keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh keluarga mangsa.

"Oleh itu, besarlah harapan saya supaya orang ramai terutamanya pengguna jalan raya memberi kerjasama kepada pihak polis daripada cuba membantu mereka yang melakukan kesalahan jalan raya ini," kata Azmi.


Azmi berkata sedemikian ketika berucap pada Program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Kuala Lumpur di Wonderland Park, di sini, semalam. -CARI

Sumber: mStar/ The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 30-1-2023 10:19 AM
Malas nk google..pemandu mabuk kat Msia ni kalau kena tahan bayar denda ja kan? Drive sampai langgar org awam Mati pun bayar denda ja kn
Quote intan244 30-1-2023 11:26 AM
orkid_amani: Malas nk google..pemandu mabuk ...
patutnya byr denda ke mangsa or family sampai jadi bankrupt.
Quote Highflyer19 30-1-2023 12:04 PM
Anthony loke tk menyamar pulak tangkap pamandu mabuk...oh ya dia menyamar pun tak guna jugak...serupa tu lah lrt dok rosak memanjang...
Quote rogayahtop 30-1-2023 08:15 PM
kalau tak kat waze pun kat whatsapp group taman pun ada org share
Quote rosedemon 31-1-2023 08:20 AM
yela tu kang family mti kena langgor org mabuk tau pulak bising

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.029377 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top