CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vladimir Putin Didakwa Hantar 100 Penari Tiang Untuk Naikkan Semangat Dan Hiburkan Tentera Russia

30-1-2023 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 876| Komen: 4

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin didakwa mengarahkan penghantaran penari-penari di barisan hadapan untuk meningkatkan semangat tenteranya sebelum serangan seterusnya pada musim bunga tahun ini, lapor akhbar Daily Star.


Tindakan itu dibuat ketika Kremlin mengumumkan pemberian pingat kepada semua askar Russia yang dikerahkan dalam operasi ketenteraan khas.

Komander-komander kanan diarahkan untuk menganjurkan acara hiburan itu ketika tentera Putin bakal menghampiri ulang tahun pertama pencerobohan di Ukraine.


Foto: Fox News

Lebih 100 gadis akan dibawa menaiki beberapa helikopter untuk satu siri ‘pertunjukan konsert’ di pangkalan bekalan di seluruh Donbas di mana tentera diberi rehat lima hari dan menjalani pemulihan.

Peti-peti bir dan sosej Russia akan dihantar kepada tentera dan perarakan istiadat dijangka berlangsung pada 24 Februari depan untuk menandakan permulaan serangan Russia.


Berita mengenai penghantaran penari itu didedahkan di media sosial oleh seorang pegawai Russia yang mengumumkan bahawa pasukan tentera akan mendapat kejutan istimewa.

“Wira kami akan dihiburkan dengan pesta istimewa oleh penari tiang, bir dan makanan sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatan mereka.

“Acara itu diadakan sebagai sebahagian daripada tempoh rehat askar dan bertujuan untuk meningkatkan semangat tentera yang telah berjuang di barisan hadapan,” demikian menurut hantaran pegawai itu.

Tentera Rusia diberi tempoh ‘Rehat dan Rawat’ di lapangan dan jarang dihantar pulang kerana dikhuatiri tidak akan kembali ke pangkalan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-1-2023 09:21 AM
Uuu menggamit memori perang zaman dulu2 yang hada comfort women segala.
Quote Simunggu 30-1-2023 10:17 AM
frontliner juga penari tiang ni..
Quote grouper 30-1-2023 10:34 AM
Same level la diorg ni ngan retis kpop girl group yg selalu wat persembahan kat kem2 tentera korea selatan tu..
Quote rosedemon 31-1-2023 08:19 AM
why nottt khuensss

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.034787 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top