CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Tak Puas Hati Makan Di Kedai Viral, Kangkung Sepinggan Sampai RM22!

30-1-2023 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3123| Komen: 38

vPenangan viral, sebuah restoran terus menjadi tumpuan orang ramai untuk menjamu selera.

Lebih-lebih lagi ada TikToker yang membuat review makanan di restoran berkenaan.

Namun malang bagi seorang pelanggan apabila hidangan yang dipesan hanya indah khabar dari rupa.





"Guys, ini ke tempat makan viral yang korang dok puji-puji sedap tu? Ini berbaloi ke dengan kangkung RM22?

"Kalau harga RM7 aku boleh terima, RM7 pun aku dah berat, ni RM22. Mana TikToker yang review? Harga dia agak-agaklah.

"Aku datang lapar, aku nak kangkung yang banyak. Kangkung RM22 tu expectation tu macam mana? Geram ye, aku geram," katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Tanpa mendedahkan nama dan lokasi restoran, gadis berkenaan tetap memuji hidangan makanan laut yang turut dipesannya, untuk dimakan bersama seorang rakan.

"Okay, kuah dia kaw. Yang ini aku terima, yang ini aku tak nafikan memang sedap," katanya.


Mengenai hidangan sepinggan kangkung tersebut, dia turut mendapatkan kepastian daripada pekerja restoran yang mengesahkan harganya memang RM22.

Gadis berkenaan kemudian memanggil pekerja restoran bagi mendapatkan penjelasan, dan mencadangkan agar kangkung diletakkan lebih banyak bersesuaian dengan harga yang ditetapkan.

Namun, menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, difahamkan pekerja berkenaan memaklumkan insiden berlaku disebabkan mereka kehabisan stok kangkung sambil memohon maaf.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan harga kangkung yang mahal, tidak setimpal dengan 'portion' yang dihidangkan kepada pelanggan.

"Kangkung tu dari langit ketujuh ke sis?

"Mak aih... ini kangkung premium kualiti tanam tumbuh setahun sekali kot.

"Pakej bawa balik pinggan terus.

"Tu bukan kangkung kak, tapi tu kangkang," ujar netizen secara berseloroh.

Susulan perkongsian video yang menjadi tular, gadis berkenaan tampil menjelaskan mengenai perasaan tidak puas hatinya terhadap hidangan kangkung berharga RM22 itu.

"Masalah bukannya harga, tapi masalahnya adalah portion makanan. Kalau harga, kita dah tahu daripada awal, kita dah tahu harga kangkung RM22.

"Walaupun harga RM22, saya masih nak order. Sebab apa, aku expect kangkungnya banyak. Aku tengah lapar ni, aku tak kisah pun harga... aku nak makan," ujarnya lagi.

Bagaimanapun kata pelanggan berkenaan, pekerja restoran yang merupakan warga Myanmar akhirnya menawarkan hidangan sayur lain sebagai ganti.

Menurut gadis itu lagi, dia dan rakannya juga tidak perlu membayar harga kangkung tersebut sebaliknya hanya dicaj untuk sajian sayur lain.

"Apa pun aku tak burukkan kedai. Aku tak cakap staf dia teruk. Aku tak cakap makanan dia tak sedap. Makanan dia sedap, seafood dia sedap. Cuma portion dia kena betulkan," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikaido 30-1-2023 08:55 AM
tik toker yg jadi rujukan dia probably kena bayar. xhingin aku pegi kedai viral/ada review mcm ni
Quote esbok 30-1-2023 09:06 AM
Kalau makan ni, kome keluar kedai dulu baru komen. Kalau berganti-ganti ni, teringat pulak ada kisah ludah dalam makanan sebab bengkek dgn customer
Quote Dwdrum 30-1-2023 09:07 AM
Bukan kah di seafood restaurant harga vege begitu.... Tetapi rupa kankung dia sedey sangat
Quote akies 30-1-2023 09:07 AM
Aje giler makan kangkung sepinggan sampai RM22
Beli seikat pun tak sampai RM3
Quote Themilo 30-1-2023 09:21 AM
kangkung kat tepi parit pun boleh tumbuh, tak sanggup aku bayar RM22 sepiring kecik camtu..
Quote glump 30-1-2023 09:30 AM
Musim hujan sayur Mahal ...kangkung pulak bila dimasak kecut ..klau sepinggan gitu mau kena pakai 500gm kangkung gamak .tapi Tak per sampai $22 sepinggan. Ada tambah udang koo
Quote chinta89 30-1-2023 09:32 AM
esbok replied at 30-1-2023 09:06 AM
Kalau makan ni, kome keluar kedai dulu baru komen. Kalau berganti-ganti ni, teringat pulak ada kisah ...

kes kat mana ni. tergamak eh yg jenis nk ludah2kan mknn org.,.
Quote renko 30-1-2023 09:56 AM
kedai mana ni
Quote ZamZamAlaKazam 30-1-2023 10:01 AM
... banyak saja kedai yg jual harga sayur sama, kangkung atau broccoli atau sawi sepinggan sama harga. Ada tanda harga dlm menu dgn saiz portion.
Quote stingerpressor 30-1-2023 10:16 AM
Dwdrum replied at 30-1-2023 09:07 AM
Bukan kah di seafood restaurant harga vege begitu.... Tetapi rupa kankung dia sedey sangat

Ko jgn ler compare the kangkung strands dgn bulus jembut ko...memang ler....

Kahkahkahkahkahkah
Quote noor2 30-1-2023 10:16 AM
Edited by noor2 at 30-1-2023 10:17 AM

Masyarakat nak hancurkan peniaga2 yg ambil kesempatan ni mudah je....korang masak je sendiri bawak bekal masing2 tiap hari..elakkan makan di semua restoran....ha baru depa tahu nk murahkan makanan ...korang nk salahkan kerajaan pun x guna....sendiri kena bijak...la
Quote Atata 30-1-2023 10:16 AM
esbok replied at 30-1-2023 09:06 AM
Kalau makan ni, kome keluar kedai dulu baru komen. Kalau berganti-ganti ni, teringat pulak ada kisah ...

Khensss.. jgn la berani sgt hahah.. kompom makanan tu kena sabotaj
Quote stingerpressor 30-1-2023 10:23 AM
noor2 replied at 30-1-2023 10:16 AM
Masyarakat nak hancurkan peniaga2 yg ambil kesempatan ni mudah je....korang masak je sendiri bawak b ...

Bila bam rapiji syorkheun jgn beli  rakyat marah...so how else you want to teach these bastards yg ambik kesempatan menaikkheun harga sesuka hati mak pak derang? Tanya anak jiran aku yg 3 tahun iteww...

Padahal hari iteww dah disebut meal rahmah below RM5 utk one meat  one vege.......and rice......yg diusulkheun menteri ...
Quote Simunggu 30-1-2023 10:25 AM
ya betul sayur kangkung harga 8-10 rinngit kena jual RM20 tak gila?
Quote noor2 30-1-2023 10:36 AM
stingerpressor replied at 30-1-2023 10:23 AM
Bila bam rapiji syorkheun jgn beli  rakyat marah...so how else you want to teach these bastards yg ...

Sayur kangkung tu pun kalau makan kat luar kita pun tak tahu kebersihannya..baik beli masak sendiri..jgnnla malas...masak sendiri..biar semua peniaga restoran tu x de income ...
Quote stingerpressor 30-1-2023 10:51 AM
noor2 replied at 30-1-2023 10:36 AM
Sayur kangkung tu pun kalau makan kat luar kita pun tak tahu kebersihannya..baik beli masak sendir ...

Ko ni pun jgnler sampai tahap OCD ....bukannya kangkung kt luar iteww dipetik terus bagi ko makan....dimasak disiapkheun tentunya dah dibasuh walau tak disental dgn cecair mama lemon atau sunlight ...yes?

Sesimple simple dish like kangkung belacan iteww pun ditumis dlm kuali atas api kheunz?  Mati ler kuman....

Ko ni macam mana tak kena whack dgn kaka rosikinki...tahap ocd melangkaui tabiii..

Mode batu api lagi...

Kahkahkahkah

Quote vanillaninja 30-1-2023 10:54 AM
Ni macam standard harga restaurant Chinese Muslim je. 1 pinggan S normally macam tu la harganya.
Quote matseh 30-1-2023 10:55 AM
Aku dah set dlm kepala. Mana2 video tik tok atau youtube, food atau restoran review semua review berbayar. So bila aku pegi expectation tu tak la tinggi sangat. Sllnya kalau dekat dgn area rumah atau opis aku pi la juga.
Quote Nnasda53 30-1-2023 10:58 AM
Masa pilih menu tu tak tgk rege ke.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038383 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top