CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masyarakat Perlu Ubah 'Mindset' Daripada Hukum Penagih Kepada Merawat - Syed Saddiq

29-1-2023 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 921| Komen: 19

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta orang ramai mengubah persepsi terhadap penagih dadah di negara ini supaya tidak dilihat sebagai pesalah yang perlu dihukum, sebaliknya mereka memerlukan rawatan.


Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, kebanyakan pesakit tersebut menggunakan dadah sebagai satu jalan untuk melupakan tekanan sama ada fizikal atau mental.


FB

Ujarnya lagi, terdapat pesakit yang berdepan dengan masalah mental kronik seperti schizophrenia.

"Rekod daripada suku pertama tahun lepas menunjukkan 107,781 pesakit yang direkodkan. Satu peratus daripada jumlah ini adalah mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan, 30 peratus pesakit pula bekerja dalam sektor swasta.

"Tidak kisah mereka ini datang dari sektor mana sekalipun, mereka tetap manusia biasa yang tidak terlepas daripada tekanan hidup," katanya di Facebook pada Sabtu.



FB

Justeru, beliau berpandangan masyarakat perlu mengubah pemikiran kepada merawat dari menghukum.

"Kita perlu melihat mereka sebagai pesakit yang memerlukan rawatan dan sokongan bukan menganggap mereka sebagai seorang pesalah sama seperti penjenayah melakukan jenayah berat.

"Antara sebab penggunaan dadah sebenarnya adalah kemiskinan, kemurungan, masalah keluarga dan paling teruk adalah rasa keseorangan," ujarnya.

Syed Saddiq berharap sekiranya terdapat seseorang yang rapat berdepan dengan masalah dadah, maka masyarakat perlu bertindak sebagai sahabat, keluarga dan rakan sekerja untuk menjadi sistem sokongan serta memberikan sokongan agar mereka pulih.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua pihak perlu memandang lebih jauh mengenai isu tersebut selain tidak bersifat skeptikal terhadap pesakit kerana mereka juga pesakit yang memerlukan rawatan seperti individu normal lain.



"Saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan supaya penggubalan akta yang berkaitan boleh dibuat.

"Dari orang awam hingga ke pembuat dasar, kita semua ada peranan penting untuk dimainkan. Merawat lebih baik dari sekadar menghukum," jelas beliau.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KucaiHijau 29-1-2023 07:15 PM
Cakap mcm bagus je...ko lah yg rawat dulu...jgn pandai suruh org je
Quote kakikuDibibirmu 29-1-2023 07:21 PM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman akak kan, orang yang berbulu kening lebat ni, bulu jembot dekat bawah tu lagi lebat diknon awwww....  





Quote Suchi 29-1-2023 07:32 PM
Why not “delete” jerrr…
Quote Nurdianah 29-1-2023 07:46 PM
Kalu dah biol .. wayar putus ko nak rawat cam ner ni?
Quote TabletSusu 29-1-2023 07:50 PM
tangkap dan hukum masuk penjara.. tu bukan pakej sekali merawat ke?
Quote jas7512 29-1-2023 08:07 PM
Bg mampus lg baik..jimat duit semua..hidup pun dah mcm mayat
Quote ultra78 29-1-2023 08:14 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-1-2023 07:21 PM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman a ...

Sebelah tu call girl ke?
Quote naina 29-1-2023 09:55 PM
Ini kali aku tak setuju..orang tu otak dah tak betol. Nak hadap masa merawat tu ohh no. Jadi macam hakak kena bedal dengan helmet dulu la nak bagi habis ketagih dia. Sapa la sanggup hadap perangai orang sangap dadah. Tak dapat habis ko..
Quote felinecat 29-1-2023 10:26 PM
Mengabih boreh je. Xkan yb xtau program cure n care semua tu, bila keluar jd balik
Quote hasniey 29-1-2023 11:40 PM
Penagih ni penat la nk brharap dia sembuh.tgu mati je kot
Kejap2 baik g kerja apa semua.kang tiba2 buat lagi.pantang ada duit kt tgn
Quote besi_kelabu 30-1-2023 12:17 AM
mencegah lebih baik
Quote Perwira2022 30-1-2023 08:06 AM
Macam biasa.. Kenyataan populis politician PH.... Nak nampak intelligent & urban.

Realitinya berapa banyak penagih dadah ni gagal dirawat. Berapa banyak jenayah dipelopori penagih2 dadah sial ni. Berapa banyak keluarga hancur sebab penagih dadah.

Sepatutnya undang2 hukum mati je. Buang masa buang duit buang resources je nak pulihkan mereka.
Quote jazaa100 30-1-2023 08:32 AM
Edited by jazaa100 at 30-1-2023 08:37 AM

Dulu trend dorang sub kat pondok² mengaji agama utk pulihkn penagih......ramai jugak yg berjaya .....

Ank kwn mak aku, ada terjebak lah menagih.....terkejut gak aku sbb mass kekecik, kitorang sesama terjun mandi sg gombak belakang rmh kitorang dulu....bila dah besar, jumpa balik dia jd mcm tu .....sedih, tapi dia cuba mengelak bila terserempak dgn aku.....

Kemuncak nya, bila sorang kwn dia mati eksiden masa polis kejar, nama sama.....mak dia ingt dia dah nati dah.....pengsan berkali² mak dia kat rmh.....tetiba rupanya bkn dia.....

Lepas tu adik badik dia nasihatkn dia pi pondok buat rawatan.....ada sekali tu, aku nmpak org berjubah & berserban tgn pegang tasbih lalu depan rmh aku.....nmpak aku, lg laju tgn dia gentel tasbih, kepala tunduk tanak tgok aku yg cun masa tu .....dlm hati aku, rugi le cowww.....

Aku tanya sapa mamat berjubah yg pi rmh mcik midah tu mak ...mak aku kata, kareem ank mcik midah...dia dah baik dah skrg.....

Betul....lepas tu dia dah tak menagih dah.....jumpa pulak mak we yg sewa dekat rmh kitorang, jubah & serban pun terbang dah....pastu dia kawin & elok je berkeluarga.....

Sebenarnya, klu kena caranya, penagih ni blh je pulih.....tapi klu kasar² sgt dgn dorang, timbul rasa geram & rebel, tu yg dorang tak blh pulih tu ....

Quote TabletSusu 30-1-2023 08:34 AM
jas7512 replied at 29-1-2023 12:07 PM
Bg mampus lg baik..jimat duit semua..hidup pun dah mcm mayat

lagi setuju dgn ni. drp habiskan duit2 cukai yg rakyat bayar menanggung dorg ni.
Quote cap_ayam 30-1-2023 08:39 AM
Ada je gambar keti dia
Quote namr 30-1-2023 08:40 AM
kasi gantung sampai mampus..semak je sampah penagih
Quote esbok 30-1-2023 08:53 AM
Kekadang org dah larang jgn bercampur, bercampur juga.dah ketagih, otak pun mereng. Mak pun boleh dipukulnya nak kan duit beli benda alah tu. DIbunuh mak nya pun mau diq oi. Tapi kalau yang tersangkut sbb org kenakan ,sadis juga la
Quote ezacbee 30-1-2023 11:02 AM
Penagih ni klo dah bebas menagih tibe jumpa kawan lama memang menjadi balik. Nasihat berbuih mulut pun dia tetap ikut kawan. Bila dah masuk ke dalam menyusahkan keluarga nak melawat pulak. Bukan sekali berpuluh kali check in penjara. Dari muda sampai tua perangai tak ubah.
Quote epullipan 30-1-2023 12:25 PM
ko rawat la boh kat umah ko tgk camne..sembang je mmg sedap tak perlu bayar..sama je mcm yg sibuk soh tolong bangsa laknat rong tu..soh amik letak umah ko dulu baru sembang selamatkan bangsa rong tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044310 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top