Seorang lelaki yang memukul kepala isterinya dengan topi keledar di tepi jalan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh diberkas semalam. Lelaki berusia 35 tahun itu dicekup kira-kira pukul 2.30 petang di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, mangsa merupakan isteri kepada suspek. Menurutnya, suspek mendakwa berlaku perselisihan faham apabila dia tidak membenarkan isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai pergi ke tempat kerja. “Lelaki itu memaklumkan bahawa dia meminta mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit. “Pemeriksaan ke atas suspek tidak menjumpai apa-apa barangan salah, namun ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methaphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Choon Foo, polis turut merampas topi keledar berwarna merah yang digunakan oleh suspek semasa memukul isterinya. Katanya, suspek yang bekerja sendiri direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Terdahulu, tular rakaman video seorang wanita dimarahi, ditampar dan dipukul seorang lelaki menggunakan topi keledar di tepi jalan di media sosial Facebook dan TikTok sejak beberapa hari lalu. Video berdurasi 1 minit 47 saat itu memaparkan seorang lelaki tidak dapat mengawal ekemarahan apabila menampar muka, menolak sebelum memukul kepala seorang wanita menggunakan topi keledar. Sumber: KOSMO! ONLINE |
hasniey replied at 29-1-2023 03:10 PM
Jap jantan tu kerja sendiri tu kerja apa?waktu2 gitu positive dadah mcm org xkerja je
Tah2 isteri ke ...
noor2 replied at 29-1-2023 03:04 PM
Suruh bini jaga mak dia...dia x reti nk jaga mak dia sendiri ke....dah la x kerja
Thunderclouds replied at 29-1-2023 04:01 PM
Dekat komen netizen dok ratib aib..aib..knp p rakam
Toksah masuk cmpur hal rumahtgga org..
Komen pal ...
Belibis replied at 29-1-2023 04:25 PM
'bekerja sendiri' sis...bukan tak kerja langsung..biasanya kerja on off.
takkizawa replied at 29-1-2023 05:35 PM
Babi betul. Harap2 cepat mampus overdose. Tinggalkan je kak cepat sial mcm ni.
gideoncross replied at 29-1-2023 05:02 PM
Sjenis prmpuan je slah, llaki x prnh slh.
ADVERTISEMENT