Demi mengikut trend, sesetengah pihak sanggup menggadai nyawa dengan mengubah suai kereta untuk kegunaan keluarga. Memanglah seronok kenderaan kegunaan harian untuk bekerja dan berniaga misalnya dijadikan ruang istirahat bersama isteri dan anak-anak.
Namun, aspek keselamatan dan risiko bahaya jangan pula dipandang ringan. Satu video yang dikongsi di laman Twitter menunjukkan sebuah kenderaan diubah suai, yang mana tiada lagi tempat duduk penumpang hadapan dan kerusi di belakang. Yang ada hanyalah platform seperti lantai yang dilapik dengan cadar atau karpet, membolehkan penumpang bebas untuk duduk bersila atau baring secara santai seperti di rumah. Malah, video berdurasi 30 minit itu turut memaparkan di bahagian belakang kenderaan itu dipasang TV dan rak kecil, dan kelihatan dua kanak-kanak sedang baring menonton program.
Si isteri pula bersila di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, dengan sebelah tangan berpaut pada pemegang pintu. Hanya pemandu sahaja yang berada dalam posisi sebenar di dalam kereta, dilengkapi tempat duduk yang sempurna dan tali pinggang keledar. Twitter Bagaimanapun, seorang pemuda mempersoalkan aspek keselamatan dan risiko bagi pemilik kenderaan seisi keluarga. "Nampak cantik, selesa kan? Tapi kebarangkalian untuk mati pun naik mendadak kalau kemalangan. "Jangan buat macam ni. Sayangi ahli keluarga anda," tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter. Rata-rata netizen turut bersetuju mengenai modifikasi kenderaan tersebut yang mengundang bahaya terutama ketika bergerak di jalan raya. Malah, segelintirnya menyifatkan si pemandu hanya mementingkan diri sendiri, tanpa mempedulikan keselamatan orang lain. Sumber: mStar
|
shernazz replied at 29-1-2023 03:54 PM
Tak syioka..kalau jalan kat berlubang2 tu..aiyohh..
Iols ngah survey nak.beli kotak letak atas bumb ...
gold_teeth replied at 29-1-2023 02:37 PM
Erkk even kalo naik caravan kt oz n nz tu, masa tgh on the road diorg tetap suruh lipatkan katil or ...
acikhan replied at 29-1-2023 04:27 PM
kaka, beli roof tent terus la, sekali boleh camping terus...best ooo rege belas riban la brand Vic ...
kakigojes replied at 29-1-2023 04:51 PM
I rasa perlu ada new section called “isu twitter” - I singgah forum nak cari issue yang newsworthy ...
tobobon replied at 29-1-2023 09:45 PM
nak buat cam mana..sejak jawatan CARI_xxx ni diwujudkan ...cari dah jadi caca marba sikit..moderat ...
kakigojes replied at 29-1-2023 04:51 PM
I rasa perlu ada new section called “isu twitter” - I singgah forum nak cari issue yang newsworthy ...
ADVERTISEMENT