Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi dilamar oleh sebuah stesen radio Hot FM sebagai gandingan baharu bersama Johan, Farah Fauzana serta AG Azmeer dalam segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat.
Hot FM menerusi surat terbuka yang dimuat naik di laman Instagramnya malam tadi memaklumkan, pihaknya ingin menawarkan bekas Menteri Kesihatan itu jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi. “Salam tuan KJ (Khairy Jamaluddin), apa kata cuba bidang baharu sebagai penyampai di Hot FM bersama Johan, Fafau (Farah Fauzana) dan AG di Bekpes Hot? On ke tak on?,” tulis Hot FM di ruangan kapsyen. Terdahulu, selepas Khairy Jamaluddin diumumkan sebagai salah satu nama yang dipecat daripada UMNO, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pantas ‘meminang’ bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)
Tawaran itu dibuat oleh pemilik JDT sendiri di laman Story Instagram miliknya. “CEO masa depan JDT dan penasihat pembangunan Johor,” tulisnya. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang maklum balas diberikan oleh Khairy Jamaluddin berhubung kedua-dua tawaran itu. Sumber: KOSMO! ONLINE |
Buritan replied at 29-1-2023 04:03 PM
Gambo first tuu kj rupe mcm jony liverr..
stingerpressor replied at 29-1-2023 04:08 PM
Bukan johnny yg ini keww?
Buritan replied at 29-1-2023 04:13 PM
Tak eh.. jonny liver kuch kuch hota haii
Imkhai replied at 29-1-2023 02:36 PM
Aku caya je kj ni bnyk je sumber pendapatan lain utk terus hidup
axl_bach replied at 29-1-2023 05:46 PM
Alahai, HotFM pun nak tumpang glemer.....
kakikuDibibirmu replied at 29-1-2023 06:43 PM
Kertas Putih tersenyum sinis ...
Adrif replied at 29-1-2023 05:34 PM
dah kenapa
amik ler orang yang betul2 dalam bidangnya
ADVERTISEMENT