Polis meminta individu terlibat dalam kemalangan tular dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 5.7 Rawang Bypass sekitar jam 6.15 petang pada Jumaat supaya tampil membuat laporan. Klip video berdurasi 30 saat memaparkan sebuah Perodua Axia rosak teruk manakala seorang wanita dipercayai pemandu kereta tertiarap di bahu jalan sementara tiga kanak-kanak dipercayai anak mangsa berjaya diselamatkan orang awam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, pihaknya mengesan rakaman video kejadian terbabit tular selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook. "Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.
"Bagaimanapun hasil semakan mendapati tiada saksi atau waris yang tampil untuk membuat laporan berhubung kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Suffian berkata, buat masa ini tidak dapat dipastikan keadaan mangsa dan kanak-kanak terbabit. Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan berkenaan supaya tampil membuat laporan di balai terdekat. Sumber: Sinar Harian
|
nurul_akmar replied at 29-1-2023 11:46 AM
Alhamdulillah.. semua selamat..
nurul_akmar replied at 29-1-2023 11:46 AM
Alhamdulillah.. semua selamat..
jazaa100 replied at 29-1-2023 01:09 PM
Rawang bypass tu knp nk bawak laju....
Enjoy lah pemandangan kat situ.....
downiey replied at 29-1-2023 01:33 PM
mak budak pn selamat ke..
jazaa100 replied at 29-1-2023 01:09 PM
Rawang bypass tu knp nk bawak laju....
Enjoy lah pemandangan kat situ.....
orkid_amani replied at 29-1-2023 02:53 PM
Ada baca kat fb katanya maknya masih koma + ada pendaharahan dlm otak. Tapi itu yg smlm punya.. xf ...
jazaa100 replied at 29-1-2023 01:09 PM
Rawang bypass tu knp nk bawak laju....
Enjoy lah pemandangan kat situ.....
TabletSusu replied at 29-1-2023 07:48 PM
pernah sekali drive kat situ.. aku mcm x sedar waze bawak lalu situ.. punya lah aku gerun.. slow gil ...
jazaa100 replied at 29-1-2023 02:30 PM
Takut kannn.....
Tgok kat bawah tu sayup je.....tak blh bygkn klu eksiden tercampak ke bawah..... ...
ADVERTISEMENT