Sejak kebelakangan ini, gelagat penyanyi Siti Nordiana bersama anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie kerap menjadi tumpuan dalam kalangan peminatnya di media sosial. Terbaharu, penyanyi yang lebih mesra disapa dengan panggilan Nana itu telah memuat naik gelagat anaknya, Rayyan yang mengusiknya ketika bermain gelongsor air di taman tema, ESCAPE Penang menerusi platform TikTok.
Dalam perkongsian tersebut, Rayyan sengaja menggoyangkan pelampung yang dipakai bersama ibunya itu sepanjang meluncur sehinggakan penyanyi itu menjerit tidak tentu arah gara-gara ketakutan. “Budak bertuah ni buat hal kat ESCAPE Penang . Di goyang-goyangnya pelampung tu Tapi best giler longest water slide ni,” tulisnya.
Melihat kenakalan anaknya yang suka mengusik Nana, rata-rata peminatnya terhibur dan geli hati melihat keakraban dua beranak itu. “Sudah-sudah tu Rayyan.. Terkeluar anak tekak Mama awak menjerit tuuuu… |
Diamondmoney replied at 27-1-2023 09:15 PM
Ni pun bole masuk gossip cari ke
ladybugz replied at 28-1-2023 04:26 AM
bestnya ada anak yg dah besar boleh buat kawan. i hope i can be my daughter bestfriend jugak walaupu ...
ADVERTISEMENT