Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati netizen untuk sentiasa berkongsi rezeki tidak kira pangkat mahupun darjat. Menerusi muat naik Aliff di TikTok, dia memberi sedikit duit dalam bentuk mata wang Emiriah Arab Bersatu (Dirham) yang berjumlah ribuan ringgit.
“Rezeki kena kongsi tak kira pangkat. “Aku tengok orang kaya negara aku layan jockey atau valet kat shopping mall seperti manusia tiada standard, itu yang aku nampak lah. “Pada aku, aku suka layan waiter, jockey, pak guard, tukang sapu macam kawan baik aku. Aku tak pernah berkira dengan mereka, baki aku tak pernah ambil balik. “Making someone happy is the best form of succes dan aku percaya pada quote ini. Tingkah laku kita terhadap orang kerja kelas bawahan ini mencerminkan diri sebenar kita,” tulis Aliff.
Hasil tinjauan ke ruangan komen warganet bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Aliff dan ada juga yang mendoakan agar dia dimurahkan rezeki. “Semoga dilimpah-ruahkan rezeki. |
ADVERTISEMENT