LONDON – Seorang lelaki di Britain dihukum penjara 10 tahun kerana membunuh bapanya dalam serangan yang bersenjatakan pisau selepas menjadi mangsa keganasan seksual selama bertahun-tahun, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Paul Maurice, 52, ditikam lebih 30 kali di bahagian belakang dan dadanya pada 14 September 2021. Sean Maurice, 31, mengaku telah membunuh bapanya tetapi selepas perbicaraan di Mahkamah Jenayah Old Bailey, dia dibebaskan daripada tuduhan membunuh. Pendakwa raya, William Emlyn Jones berkata, kejadian itu dilaporkan oleh jiran Maurice ketika menemui mangsa di rumah mereka di Bromley, London. Sebelum disahkan maut, Maurice memberitahu jirannya bahawa dia tidak ingin mati, sebelum rebah di depan pintu rumah mereka selepas serangan itu. Semasa Maurice dirawat oleh perkhidmatan kecemasan, seorang pegawai polis bertanya kepadanya akan siapa yang bertanggungjawab atas serangan itu dan dia menjawab: “Sean.”
Maurice disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 11.56 malam (waktu tempatan). Sean ditahan beberapa jam kemudian ketika berlari melalui taman belakang di kawasan berhampiran. “Saya tidak rugi apa-apa. Anda cuba menangkap saya kerana saya memukul bapa yang mendera saya. Dia meliwat saya dan anda mahu menangkap saya? Apakah jenis keadilan ini?” katanya kepada polis. Semasa perbicaraan mahkamah, Hakim Dennis Watson berkata: “Kakak dan abang anda bercakap tentang penderaan yang sama dilakukan bapa anda. Atas bukti yang saya dengar, saya menerima bahawa pengalaman anda adalah yang paling teruk. “Saya juga menerima bahawa penderaan ini telah menyebabkan anda mengalami kesan sampingan yang berpanjangan.” kata Watson. -CARI Sumber: Kosmo
|
pooh~key: Muka kau comel dek. Akak nak liwat jua dek, tapi akak mintak izin dulu la dek.
Decaffeinated replied at 27-1-2023 06:28 AM
Takde cerita ka check dah lobos ka tak? How can the court be so sure. Nak tanya pun orang dah mati.
KamikuP replied at 27-1-2023 09:27 AM
aKAK Pooh-key nak liwat pakai apa ek?
Anyhoo.. mak budak ni mana masa kejadian?
Mooverine replied at 27-1-2023 09:55 AM
Sebab kakak & abang dia pun cakap yang sama kan semasa dia buat decision tu.dan rasanya polis pun ...
ADVERTISEMENT