CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dari Umur Tujuh Tahun Lari Rumah, 25 Tahun Hilangkan Diri Sebab Takut Kena Sunat

26-1-2023 08:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2503| Komen: 28

Berkhatan atau sunat sering menjadi perkara ‘menyeramkan’ bagi ramai kanak-kanak lelaki.

Perkara sama dirasai individu ini kira-kira 25 tahun lalu apabila dia begitu takut untuk dikhatankan hingga nekad melarikan diri dari rumah tanpa khabar berita.


Namun tanpa diduga, ketika usianya memasuki 28 tahun, dia kembali ke pangkuan keluarga.


Foto: Suara Merdeka

Difahamkan dia melarikan diri sejak usia tujuh tahun.

Kepulangannya mengejutkan keluarga dan penduduk di Kecamatan Polanharjo, Indonesia.

Sepanjang kehilangan itu selama lebih dua dekad, keluarga cuba menjejakinya namun gagal.

Akhirnya hasil bantuan sekumpulan YouTuber dan pihak berkuasa, lelaki itu ditemui di wilayah Bantul, Jogjakarta.

Tahap fizikal dan psikologi jejaka berkenaan dilaporkan dalam keadaan sihat, cuma difahamkan dia mengalami sedikit trauma sahaja.


Ketika ditanya, abang kandung lelaki tersebut memberitahu adiknya itu telah menghilang sejak tahun 1998.

Mengimbas kembali kejadian 25 tahun lalu, adiknya dikatakan berani pada malam sebelum bersunat, bagaimanapun dia gagal ditemui pada pagi berikutnya.

Keluarganya menyangka bahawa lelaki itu sudah meninggal dunia kerana tiada sebarang khabar berita tentangnya selama dia meninggalkan rumah. -CARI

Sumber: mStar/ Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 26-1-2023 09:49 PM
Dah balik ni nak sunat tak?

Lepas tu boleh cerita kat forum 'before and after' sekaligus menoktahkan semua dakwaan dan mitos bawaan ummah zaman berzaman.



Quote kakikuDibibirmu 26-1-2023 09:50 PM
Rani Kulup tersenyum sinis
Quote zuuu 26-1-2023 10:48 PM
Tindakan berani mati untuk budak umur 7 tahun...macam mana la ko hidup selama ni???
Quote kakikuDibibirmu 26-1-2023 10:51 PM
Teringat dekat lebai foreskin pakar hukum cukur bulu kemaluan
Quote green~tea 26-1-2023 11:02 PM
Giloss unnecessary stress.. ko amek full GA (full bius - general anaesthesia) je lah takyah takut2.. sedor2 je luka dah sembuh
Quote Mulotkoyak 26-1-2023 11:27 PM
kakikuDibibirmu: Rani Kulup tersenyum sinis
tadi baru ak terserempak die minum kat mamak cheras..... Si rani kulop ni...
Quote kakikuDibibirmu 26-1-2023 11:29 PM
Mulotkoyak replied at 26-1-2023 11:27 PM
tadi baru ak terserempak die minum kat mamak cheras..... Si rani kulop ni...

Jadi betul lah dia tak join The Masked Singer Malaysia musim ketiga
Quote rogayahtop 27-1-2023 03:38 AM


masa muda tak nak sunat  ok je. tp masa tua nanti  make sure mampu hire nurse yg tolong cucikan tote. kalau fak mampu duk rumah terlanfar je tu yg ada kes sampai berulat2.

balanitis tu common utk lelaki yg tak boleh bangun  bot lfly  pun ada kes.
Quote stingerpressor 27-1-2023 04:12 AM
green~tea replied at 26-1-2023 11:02 PM
Giloss unnecessary stress.. ko amek full GA (full bius - general anaesthesia) je lah takyah takut2.. ...

Ko dulu kentik sunat pakai bius  apo?jenis kentik besi kalau pakai general anaestetic ok keww? Atau kena pakal mini electric saw?

Atau memang tak sunat biar dia menjalar menyapu lantai sampai lani?

#tanyaje
Quote stingerpressor 27-1-2023 04:13 AM
rogayahtop replied at 27-1-2023 03:38 AM
masa muda tak nak sunat  ok je. tp masa tua nanti  make sure mampu hire nurse yg tolong cucikan to ...

Bini ada buat per?
Quote stingerpressor 27-1-2023 04:15 AM
kakikuDibibirmu replied at 26-1-2023 10:51 PM
Teringat dekat lebai foreskin pakar hukum cukur bulu kemaluan

Ko nak aku seru dia?

Kahkahkahkahkahkahkah

Mohon @Redskin  pakar kulop hukum cukur bulus kemaluan masuk mengadap utk beri alunan kata kata kompangnya...
Quote charlieangless 27-1-2023 08:16 AM
good morning.. tumpang lalu
Quote kelapaparut 27-1-2023 08:28 AM
berita dr indonesia, mcm ni lah..
Quote stingerpressor 27-1-2023 08:32 AM
charlieangless replied at 27-1-2023 08:16 AM
good morning.. tumpang lalu

Dah sunat?

Kahkahkah
Quote seri_mawr 27-1-2023 08:34 AM
mcm menipu jek...huhuu....masa lari umur 7 tahun....
Quote rosedemon 27-1-2023 08:41 AM
bodonya ko dek
Quote AnBulisia 27-1-2023 08:51 AM

Perkara sama dirasai individu ini kira-kira 25 tahun lalu apabila dia begitu takut untuk dikhatankan hingga nekad melarikan diri dari rumah tanpa khabar berita.


Namun tanpa diduga, ketika usianya memasuki 28 tahun, dia kembali ke pangkuan keluarga.

Difahamkan dia melarikan diri sejak usia tujuh tahun.


nak sunat masa umur 7 tahun
lari 25 tahun
balik ke rumah umur 28 tahun
moral : umur jadi muda kalau lari dari rumah nak elak sunat
Quote prince_marhaen 27-1-2023 09:27 AM
so, masih berkulop ke sampai besar? jangan sampai berkerak pulak ye since kemunculan kembali pun masih kepam2 haringgg...
Quote eyansss 27-1-2023 02:05 PM
AnBulisia:   Perkara sama dirasai individu ini kira-kira 25 tahun lalu apabila dia begitu takut untuk dikhatankan hingga nekad melarikan diri dari rumah tanpa kha ...


ke wartawan yang gagal math (macam wartawan malaysia…  ramai yang failed simple math…  belum lagi sentuh bab karangan, tatabahasa and all…  dengan faktau kelautdalam)…

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045308 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top